• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 Pelajar IPT Daftar Perniagaan Dengan SSM

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10,000 pelajar di institusi pengajian tinggi telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Unit Keusahawanan dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datin Dr Syahira Hamidon berkata pelajar terbabit merupakan mereka yang memulakan perniagaan sendiri melalui pelbagai program keusahawanan di institusi masing-masing.

“Kebanyakan pelajar menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian (online) kerana mereka perlu mengutamakan pelajaran,” katanya kepada Bernama.

Syahira berkata pelbagai program keusahawanan yang dijalankan kerajaan telah berjaya meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang itu kepada 60 peratus tahun ini berbanding 20 peratus pada 2012.

“Memang tidak semua pelajar berminat dalam bidang keusahawanan ini tetapi melalui program yang dijalankan mereka mampu berfikir untuk menjadi usahawan,” katanya.

Selain itu, kementerian tersebut juga menjalankan kerjasama dengan pihak industri dan agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan platform bagi pelajar menjalankan perniagaan. – BERNAMA

Tags: SSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd