• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.8 Juta Pengguna Internet Di Malaysia Bawah 18 Tahun

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah pengguna internet di Malaysia bertambah daripada 2.5 juta pada 2006 kepada 24.5 juta tahun ini, melonjak 880 peratus, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata rakyat Malaysia berusia bawah 18 tahun merangkumi 5.8 peratus atau 1.8 juta daripada pengguna internet di negara ini.

“Kerajaan Malaysia menyusun pelbagai inisiatif bagi menjamin wujudnya persekitaran dalam talian yang selamat bagi kanak-kanak. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu Seksyen 211 dan 233, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 155 laman sesawang memaparkan kandungan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak pada tahun ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian Di ASEAN 2017 di sini hari ini.

Jailani berkata seminar dua hari itu diharapkan menjadi pemangkin terhadap usaha menubuhkan sebuah majlis perlindungan kanak-kanak dalam talian peringkat ASEAN, sejajar dengan Kerjasama Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ASEAN 2018.

“Kerjasama ICT 2018 antara negara anggota ASEAN dan rakan dialognya seperti China, Korea Selatan dan Jepun serta Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan lebih memberi fokus terhadap isu perlindungan kanak-kanak dalam talian,” katanya.

Jailani berkata sejak beberapa tahun lepas, Malaysia bekerjasama rapat dengan ITU berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Di peringkat serantau, kata beliau, pada Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN ke-17 di Siem Reap, Kemboja minggu lepas, kesemua 10 negara anggota ASEAN berikrar untuk meningkatkan fokus dan usaha berhubung perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Sebanyak 200 peserta dari negara anggota menghadiri seminar itu, yang akan menyaksikan perkongsian pengalaman, dasar, rangka kerja perundangan dan inisiatif berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Seminar itu, bertemakan ‘Nurturing Cyber Wellness For Connected Children’ dianjurkan SKMM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef); Digi Cybersafe dan Generasi Gemilang.

ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Johariinternet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd