• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YKN Gerakkan Misi Pasca Banjir P.Pinang

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Enam penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini adalah antara sukarelawan yang turut menyumbang tenaga dalam misi pascabanjir Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sekitar Tasek Gelugor dan Sungai Dua di sini.

Pengetua sekolah itu Mohd Shabri Othman berkata misi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan itu akan dijadikan sebagai program prapembebasan.

“Mereka akan dibebaskan pertengahan bulan ini dan program ini merupakan satu bentuk integrasi kepada mereka.

“Kami nak beri pendedahan kepada mereka untuk kongsi pengalaman membantu mangsa bencana di samping berada lebih dekat dengan komuniti sebelum mereka dibebaskan…kami juga nak masyarakat terima mereka kembali,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

YKN hari ini menggerakkan pasukan sukarela melibatkan anggota yayasan itu dan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjayakan misi pascabanjir di sini. Misi dua hari bermula hari ini melibatkan kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Sungai Dua.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN Datuk Zulkiply Ramli berkata program itu merupakan usaha berterusan YKN dalam membantu mangsa bencana yang memerlukan.

Beliau yang turut membantu membersihkan kawasan rumah mangsa banjir di sini, berkata pihaknya akan melakukan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih rumah mangsa bagi meringankan beban mangsa banjir yang dikatakan terburuk di Pulau Pinang itu.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana sukarelawan yang ingin membantu supaya turun padang ke lokasi terjejas kerana apa yang mangsa perlukan sekarang adalah bantuan daripada kita semua,” katanya.

Zawiyah Osman, 68, menyifatkan misi seumpama itu sebagai rahmat kepada mangsa banjir terutama kepada dirinya yang hanya tinggal berdua bersama anak perempuan setelah kematian suami.

“Mujur hari Ahad lepas anak saya tidak kerja, jadi sempatlah kami selamatkan beberapa barang penting seperti dokumen dan perkakas rumah yang kecil. Nak angkat barang-barang yang besar memang tak tercapai kudrat kami, ” katanya.

Sementara itu, Ismail Ahmad, 60, yang tinggal di Permatang Rawa berkata beliau dan isteri, Zainab Musa, 58, berterima kasih kepada sukarelawan yang datang membersihkan rumah penduduk di kawasan itu kerana jika mengharapkan mereka berdua memang tidak berdaya.

“Macam saya dan isteri memang tak larat nak cuci rumah sebab penuh lumpur…memang kena ada orang tolong. Balik ke rumah pagi ni, tengok dah ada orang hendak tolong. Alhamdulilah, terima kasih semua pihak yang bantu kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pasca Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

17/03/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan meliputi program dan projek pasca banjir khususnya di Johor....

Hampir 4,000 Sukarelawan Pasca Banjir KBS Bantu Mangsa Bencana

04/01/2022
0

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan 3,864 sukarelawan pasca banjir kementerian itu bagi membantu mangsa banjir di negeri terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd