• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Hasanah Hulur Bantuan Segera 400 Keluarga

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Hasanah (Hasanah) menyalurkan bantuan awal kepada 400 keluarga mangsa banjir di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang sejak Sabtu lepas.

Pengarah Urusannya Shahira Ahmed Bazari berkata bantuan segera yang disalurkan itu termasuk peruntukan kewangan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyediakan keperluan seperti makanan dan kit kebersihan kepada mangsa.

“Hasanah bersedia menyokong NGO yang terbabit dalam fasa pemulihan melibatkan pembersihan dan membaik pulih rumah serta kemudahan awam yang terjejas teruk akibat banjir berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak Sabtu lepas.

Setakat 6 petang ini, 4,589 mangsa banjir masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri itu.

Katanya Hasanah turut bersedia menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di Kedah dan Perak yang turut dilanda banjir.

Hasanah, sebuah yayasan milik Khazanah Nasional Berhad itu telah menyalurkan bantuan kecemasan, pemulihan dan persediaan bencana khususnya banjir di seluruh negara sejak 2013 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM20 juta pada 2014. – BERNAMA

Tags: Shahira Ahmed Bazari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd