• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yaman Berdepan Ancaman Kebuluran

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Yaman bakal berdepan ancaman kebuluran besar-besaran yang akan memberi kesan kepada jutaan nyawa kecuali jika negara gabungan diketuai Arab Saudi mengakhiri sekatan ke atas mereka.

Ketua Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock, berkata jika sekatan ditamatkan, ia akan membolehkan bantuan dihantar kepada negara terbabit.

Katanya, ketiadaan bantuan ke atas Yaman bermakna dunia akan menyaksikan masalah kebuluran terbesar dalam sejarah sepanjang tempoh beberapa dekad, membabitkan jutaan nyawa tidak berdosa.

Lowcock berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri sesi taklimat tertutup berhubung krisis di Yaman susulan kempen ketenteraan oleh gabungan terbabit ke atas pemberontak Houthi sejak Mac 2015.

Beliau berkata, misi bantuan kemanusiaan PBB perlu dibenarkan masuk ke ibu negara Yaman dan bandar Aden yang berada di bawah penguasaan kerajaan ketika ini.

Katanya, kebenaran segera untuk memasuki semua pelabuhan perlu diperoleh untuk penghantaran pelbagai jenis keperluan asas seperti petrol dan makanan.

Gabungan negara diketuai Arab Saudi itu sudah menutup sempadan Yaman, sekali gus menghalang kemasukan misi bantuan pada Isnin lalu sebagai reaksi terhadap serangan pemberontak Houthi berhampiran lapangan terbang Riyadh. – AFP/BH ONLINE

Tags: kebuluranYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Somalia Beri Amaran Bakal Hadapi Kebuluran

31/05/2022
0

MOGADISHU - Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad, menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan...

Krisis Ekonomi Sri Lanka Berisiko Bawa Kebuluran

06/04/2022
0

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara kepulauan dengan 22 juta penduduk itu, manakala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd