Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mabuk Punya Pasal, Lelaki...

Sadis betul dengan kisah ini!Disebabkan mabuk dan berada dalam kondisi separuh sedar, seorang...

RoS Tolak Logo Pakatan...

PUTRAJAYA ― Tidak sampai dua minggu struktur Pakatan Harapan diumum, blok pembangkang itu...

Parah Dibelasah Ibu ‘Lalok’

Prai - Hanya kerana enggan belajar, budak lelaki berusia lima tahun parah dibelasah...

Saya Bertemu Justo.. Dedah...

TERBAHARU, sebuah akhbar tempatan memperoleh bahagian kedua video yang mendedahkan tentang sumber artikel Sarawak...

Warga Emas Derita Penyakit Misteri Mohon Bantuan

KUALA NERANG – “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, yang dikatakan menderitai penyakit misteri iaitu ‘buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa’.

Lelaki itu berkata dia mula mengalami penyakit itu selepas dia demam panas 30 tahun lalu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya namun sehingga ke hari ini masih menemui jalan buntu.

Katanya pada peringkat awal dahulu doktor Hospital Besar Alor Setar (HBAS) memintanya membuat pembedahan tetapi dia tidak berbuat demikian atas faktor kesempitan hidup.

Doktor yang merawatnya pernah memberitahu bahawa penyakit itu adalah berpunca daripada masalah darah yang masih belum ada penawarnya, kata bapa kepada tiga anak itu kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya sejak itu dia tidak mampu menoreh getah dan hanya mengharapkan bantuan orang ramai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.


“Walaupun saya sudah tidak boleh melakukan pembedahan lagi kerana faktor usia, tetapi saya masih berusaha untuk mengubatinya… saya sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang boleh mengubati penyakit saya ini supaya dapatlah saya menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abdullah boleh berbuat demikian di akaun Agro Bank (atas nama Abdullah) nombor 200-5061-00007093-4 atau menghubungi anak lelakinya Ishak di talian 010-8173904. – BERNAMA

Kategori