• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
19/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Lapan belas warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki berperwatakan wanita, yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tuanku Haminah dekat sini, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata serbuan pada 12.30 tengah malam itu yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda selepas melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 18 mangsa, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, iaitu 10 warga asing dari Thailand, enam dari Laos, dan dua dari Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi bagi tujuan persundalan, telah diselamatkan.

“Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (18 Nov) bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit serta beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa pekerja asing terbabit ke premis hiburan berkenaan.

“Premis terbabit dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan malah lesen hiburan juga gagal dikemukakan sewaktu serbuan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Saifi berkata, perintah perlindungan sementara (IPO) telah dikeluarkan kepada kesemua 18 mangsa dan mereka akan ditempatkan ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur dan Melaka, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi; Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana warga asing bekerja di negara ini tanpa permit; dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiawarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesawat Charlie C-130, Nuri Dalam Proses Naik Taraf

Next Post

Temui Mayat Dipercayai Dilibas Senjata Tajam

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

Next Post

Temui Mayat Dipercayai Dilibas Senjata Tajam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd