• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Main Judi Cuba Serang Polis

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri apabila diserang sekumpulan lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan di Jalan Abraham Off Jalan Khoo Teik Ee di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, tujuh anggota pasukan rondaan cegah jenayah membuat pemeriksaan setelah menerima maklumat mengenai pekerja kontrak bermain judi di halaman rumah sebelum diserang kira-kira 30 lelaki.

“Keadaan tidak terkawal dan anggota dari Balai Tun H.S. Lee itu telah melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata empat pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

Shaharudin berkata kumpulan lelaki China itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk didokumentasi setelah mendapati keadaan terkawal apabila beliau tiba di tempat kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati beberapa buah rumah di kawasan berkenaan dijadikan sebagai rumah kongsi untuk pekerja warga China.

“Terdapat 200 pekerja warga China yang dipercayai tinggal di sekitar kawasan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: poliswarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd