• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Cabar Diri Nyanyi Atas Pentas Besar

oleh
03/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA bermula daripada menjadikan nyanyian itu sekadar hobi, siapa sangka kini si cantik manis, Wany Hasrita telah meletakkan dirinya ke dalam satu tempat yang selesa sebagai pendatang baru.

Namanya mula disebut selepas kejayaan single pertamanya, Menahan Rindu telah menjadi hit dan sering diputar di corong radio tempatan.

Tontonan klip video lagu tersebut malah telah mencapai sebanyak hampir 28 juta kali sejak dimuat naik di Internet pada Disember tahun lalu.

Kini, gadis berusia 25 tahun itu bakal mempertaruhkan dua buah lagu hitnya, Menahan Rindu dan Di Sana Cinta Di Sini Rindu bersama dengan pasangan duetnya, Tajul pada pentas akhir program Muzik-Muzik 32.

“Ada perasaan takut tapi lebih 90 peratus kepada cabaran untuk saya. Lagipun saya memang perlu cabar diri. Takkan saya nak nyanyi dekat pentas-pentas karnival dan show biasa sahaja.

“Jadi, saya perlu masuk bertanding di pentas yang lebih besar,” kata Wany kepada mStar Online.

Dalam kehangatan kedua-dua lagu nyanyianya, Wany sekali lagi tampil dengan satu lagu terbaharunya, yang bertajuk Rintihan Rindu.

Meskipun tajuk kedua-dua lagunya mempunyai perkataan yang sama iaitu ‘rindu’, Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau Wany menegaskan bahawa kedua-dua lagunya itu mempunyai kelainan dari segi vokal.

“Mulanya saya rasa takut juga kalau ada yang keliru dengan tajuk dua lagu tersebut yang menggunakan perkataan yang sama iaitu rindu.

“Walaupun jalan cerita dua lagu tersebut sama juga, tapi lagu yang terbaharu ini lebih kepada sudah pasrah dengan apa akan terjadi.

“Kelainan pada lagu itu juga ada satu bahagian yang memerlukan vokal yang tinggi,” tambah Wany yang merupakan graduan dalam Ijazah Sains Perubatan dari Management Science University (MSU) Shah Alam.

Semoga dengan pencalonan kali pertama ini akan membawa lebih banyak rezeki kepada Wany sendiri. Maklumlah berjaya dalam usia yang muda merupakan impian semua orang.

Kini, Wany telah berjaya mencapainya walaupun dalam masa yang singkat. – MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: Muzik-Muzik 32pencalonanwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: GTA Temerloh Mula Bergolak Soal Pencalonan

PRU15: GTA Temerloh Mula Bergolak Soal Pencalonan

30/10/2022
0

TEMERLOH – Berbaki enam hari penamaan calon menyaksikan pergeseran mula berlaku dalam parti Gerakan Tanah Air (GTA) Temerloh melibatkan isu...

Wany Hasrita Tunai Haji Atas Jemputan Kedutaan Arab Saudi

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd