• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Vietnam Direman Kes Rasuah Pegawai APMM

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita Vietnam yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini direman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman sehingga 22 Nov itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret, di sini untuk siasatan berhubung kes memberi suapan berjumlah RM890,000 kepada pegawai APMM.

Terdahulu, wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Tran Thi Mai itu tiba di mahkamah pada kira-kira 9.40 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Wanita itu ditahan pada 12.10 tengah hari semalam di pejabat SPRM Kuantan, Pahang semasa dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah memberikan sogokan berjumlah RM890,000 melalui lima transaksi sepanjang tahun ini kepada pegawai APMM sebagai balasan untuk melepaskan bot-bot nelayan Vietnam yang ditahan agensi itu di perairan Malaysia atas beberapa kesalahan.

Menurut sumber SPRM itu lagi, siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti pemilik-pemilik bot yang telah dilepaskan serta pemilikan nombor pendaftaran bot yang dipalsukan.

Tambahnya, SPRM juga mahu mengenal pasti rangkaian perhubungan antara saksi-saksi awam dan ejen kerajaan yang bersekongkol dengan wanita tersebut.

Jumaat lepas, Tran didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menawarkan suapan RM800,000 kepada dua pegawai APMM yang menyamar sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada pegawai APMM terbabit pada pukul 9.40 pagi, 5 Nov lepas.

Suspek yang telah 17 tahun menetap di Malaysia dan fasih berbahasa Melayu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bersama syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis Kuantan, setiap bulan. – BERNAMA

Tags: APMMwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd