• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walau Ada Peluang, Tertuduh Tak Lupus Barang Bukti

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang saksi polis hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa wanita warga Vietnam Doan Thi Huong mempunyai peluang untuk melupuskan baju kemeja-T dan gaun pendek yang dipakainya ketika dia didakwa menyerang Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, pada 13 Feb lalu.

Doan, 28, bukan sahaja tidak mengambil peluang itu malah tidak menunjukkan sebarang rasa khuatir ketika menyerahkan baju kemeja-T yang tertera perkataan ‘LOL’ dan gaun itu kepada pegawai polis dua hari selepas kejadian serangan itu berlaku.

Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ASP Nasrol Sain Hamzah, 38, bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan, mengenai pakaian itu juga didapati tidak disembunyikan di dalam bilik hotel Sky Star, Sepang di mana tertuduh menginap ketika diserbu polis.

Beliau memberi keterangan pada hari ke-22 perbicaraan kes warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb lalu.

Saksi pendakwaan ke-24 itu turut bersetuju dengan cadangan Hisyam bahawa anak guamnya mempunyai peluang untuk memasukkan pakaian itu ke dalam beg plastik dan membuangnya di mana-mana sahaja.

Hisyam: Kamu tahu atau tidak Doan memakai kemeja-T yang tertera perkataan ‘LOL’ sehingga jam 5 atau 6 petang 13 Feb lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang?

Nasrol: Tidak tahu.

Hisyam: Betul atau tidak ketika menemubual Doan dia ada memberitahu kamu bahawa dia datang ke Malaysia untuk membuat penggambaran video lucu (prank video).

Nasrol : Betul

​​​​​​​Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tertuduh (Doan) menjalani dua penggambaran video lucu iaitu pada hari kejadian dan dua hari selepas itu di klia2.

Kepada soalan peguam Salim Bashir yang turut mewakili Doan saksi itu berkata beliau tidak pasti sama ada Doan tidak melupuskan apa-apa barang yang sedang dicari polis.

Nasrol bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Doan menyewa bilik 401 di Hotel Sky Star pada 13 Feb hingga 15 Feb lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 22 Jan tahun depan. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Jong-nam: Reprentasi Doan Ditolak Peguam Negara

14/03/2019
0

JABATAN Peguam Negara menolak reprentasi yang dikemukakan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, bagi menggugurkan daripada pertuduhan membunuh abang...

Kes Bunuh Jong-Nam: 14 Disember Dengar Notis Usul

07/11/2018
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Disember depan untuk pendengaran notis usul yang difailkan tertuduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd