Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

JPJ Terengganu Sita 15...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan...

MESTI BACA: 106 Soalan-Jawapan...

PELAKSANAAN GST atau Goods and Services Tax bakal berkuatkuasa di negara ini dalam tempoh dua hari...

‘Kita Akui Kelantan Ada...

KOTA BHARU - "Kita akui Kelantan ada masalah air dan tidak pernah nafikan...

Dakwaan ‘Silap Kira’ KDNK,...

KUALA LUMPUR - Pengiraan saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM3.4 trilion...

Vingada Atur Strategi Kemenangan Ke Atas Korea Utara

BURIRAM – Nelo Vingada menyedari perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara yang lama tertangguh dan bakal berlangsung Jumaat ini dan Isnin depan, bukanlah suatu masa yang paling selesa buat anak buahnya selepas mengharungi musim bola sepak tempatan yang panjang dan meletihkan.

Biarpun begitu, ketua jurulatih skuad bola sepak negara masih lagi menyasarkan kemenangan ke atas pasukan Korea Utara yang mempunyai ranking yang lebih tinggi.

“Perlawanan ditangguhkan tiga kali dan kini Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) menganjurkan perlawanan ini di venue berkecuali. Untuk satu perlawanan adalah okey , tetapi dua perlawanan untuk kedua-dua pasukan di akhir musim, ia bukanlah masa yang paling selesa.

Saya akur ia perlu tiba di akhir musim dan pemain JDT (Johor Darul Ta’zim) juga bermain di dalam final Piala Malaysia, jadi mungkin ia bukanlah masa yang sesuai , tetapi tiada pilihan. Mari kita teruskan,” kata warga Portugal itu kepada Bernama ketika ditemui di sesi latihan di Stadium Buriram, hari ini.

Skuad Harimau Malaya tiba di Buriram yang terletak di 312km di timur laut Bangkok semalam dan mengadakan latihan pertama mereka hari ini. Skuad kebangsaan dijadualkan mengadakan latihan rasmi di venue perlawanan yang ditetapkan, Stadium i-mobile esok.

Menurut Vingada, mereka sudah merangka strategi apabila berhadapan Korea Utara yang dijangka memberi keputusan yang positif kepada pasukan kebangsaan.


“Rancangan kami ialah menghormati Korea Utara tetapi pilihan kami hanyalah untuk menang. Saya percaya dengan susun atur dan motivasi anak buah saya,” katanya.

Perlawanan Malaysia dengan Korea Utara sudah tertangguh hampir tujuh bulan sejak Mac tahun ini berikutan hubungan diplomatik yang tegang antara kedua-dua negara berikutan pembunuhan King Jong-nam abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), Februari lepas.

Perlawanan itu turut ditangguhkan kerana peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara. – BERNAMA

Kategori