• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Mengalir Air Mata Dapat Bertemu Najib

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGIKUT Kamus Dewan, perkataan idola bermaksud orang yang sangat diminati atau dikagumi seperti tokoh politik, ahli sukan, penyanyi dan sebagainya.

Tidak dinafikan, dalam diri setiap individu sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun orang tua, pasti mempunyai seseorang yang menjadi idola atau mungkin juga boleh disebut sebagai hero yang dipuja.

Bagi seorang bapa ini, air matanya bergenang akibat terlalu gembira dapat bertemu buat pertama kali dengan idolanya, siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya bersyukur yang teramat kerana seumur hidup saya, saya tidak pernah dapat berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak,” katanya menerusi rakaman video pendek berdurasi kurang seminit.

Lelaki yang dikenali sebagai Razali itu ditemu bual seorang wartawan dalam majlis perhimpunan Gen Y Green The City Melaka 2017 yang diadakan di Dataran 1Malaysia, di Klebang.

Program berkenaan dirasmikan oleh Najib pada Ahad dan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut bapa mithali itu, dia bersama keluarganya sudah menaruh harapan ingin bertemu dengan Najib di Malaka dan tidak menyangka hasratnya itu benar-benar tercapai di program berkenaan.

Razali yang menetap di Selangor sanggup turun ke Melaka semata tidak ingin melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Perdana Menteri.

“Terharu sangat, saya nekad dalam hati saya saya ingin bawak anak-anak datang Melaka untuk bertemu dengan Datuk Seri.

“Walapun tidak dapat bercakap dengan dia(Najib), tetapi bersalam sahaja sudah pun membuat saya rasa bersyukur,” katanya yang turut memanjatkan rasa bersyukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi.

Tambah menarik lagi, dalam rakaman juga dapat dilihat anak perempuannya mengalirkan air mata akibat reaksi bapanya yang begitu sebak akibat terlalu gembira.

“Inilah bapa contoh yang pandai mendidik anak-anak, sampai anak sendiri pun turut gembira, tahniah,” kata seorang netizen.

Dalam program berkenaan, Najib turut menyertai program kayuhan basikal  bersama kira-kira 2,000 peserta menuju ke Bandar Hilir sebelum beramah mesra dengan penduduk Melaka yang dianggarkan seramai 100,000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd