• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Gugup Punya Pasal Habis Segalanya ‘Tercabut’

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

BICARA mengenai hari konvokesyen, pasti ramai dalam kalangan graduan terbayang detik gembira menerima skrol pengajian dalam majlis yang penuh bersejarah lagi gilang-gemilang.

Iyalah, bukan mudah menghabiskan masa bertahun-tahun memerah keringat otak berjuang siang dan malam demi mendapatkan segulung ijazah mahupun diploma sebagai bukti kejayaan akademik.

Pada hari istimewa itu juga, para graduan semestinya mengidamkan gambar menarik mereka ketika di atas pentas dirakamkan untuk dijadikan kenang-kenangan.

Namun situasi berbeza pula dialami seorang siswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini apabila topi akademik yang dipakai di kepalanya tertanggal ketika bersalaman sebelum menerima skrol.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan, Ahmad Sharifuddin Huzaifi Ahmad Sukarno berdepan detik lucu itu apabila topi akademiknya dua kali terjatuh ketika menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UIAM ke-33 kelmarin.

Video insiden berdurasi 31 saat yang tular menerusi laman sosial itu memaparkan dia kemudiannya cuba kembali mengambil skrol, namun topi akademiknya sekali lagi terjatuh bersama skrol berkenaan.

Membuatkan dia dengan keadaan gugup mengambil semula topi akademiknya sebelum berjalan laju berlalu pergi.

Namun pada ketika itu dia menyedari ‘sesuatu’ tidak bersamanya, membuatkan dia kembali mengambil skrol ijazah berkenaan sebelum meninggalkan pentas.

Menariknya, insiden lucu berkenaan dipercayai berpunca akibat daripada penggunaan minyak rambut yang tebal oleh Sharifuddin pada majlis konvokesyen berkenaan.

Sharifuddin juga dikatakan mempunyai simpton rasa gugup sukar dikawal yang membawa kepada berlakunya kejadian tersebut.

“Dia memang jenis gugup teruk, rambut dia letak minyak rambut banyak sangat, jadi licin. Pakai topi mortar pun jadi mudah tercabut,” tulis Noorshahira Khatib yang merupakan rakan Sharifuddin di ruangan komen.

Rakaman video berkenaan kemudiannya tular di media sosial selepas ditonton lebih 100,000 kali dan turut dikongsikan ramai netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: konvokesyenlawakUIAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berisiko Biarkan Omicron Jadi Vaksin ‘Semula Jadi’

15/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi 'vaksin semula jadi' untuk melawan COVID-19 selepas kesan jangkitannya hanya pada tahap...

128 Pelajar UIAM Diarah Kosong Bangunan Asrama

27/12/2021
0

GOMBAK : Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd