• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sahaja tidak geram dan marah apabila mengetahui kenderaan yang diparkir telah dihalang oleh kenderaan lain yang diletakkan secara bertindih.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi ini apabila kenderaannya telah ditindih dalam kejadian pagi semalam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

“Kebabian apakah ini? Parking tiga layer. Bodohnya masyarakat, belajar tinggi-tinggi kat universiti,” kata Amirul Azman menerusi video yang dimuat naik dalam laman Twitter.

Lebih parah, menurut Amirul, pemilik kenderaan yang menghalang laluan mereka itu pula langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Ini membuatkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sepucuk surat layang sebagai tanda ‘kebijaksanaan’ pelajar-pelajar yang menghalang kenderaannya.

Difahamkan, Amirul dan rakan-rakannya hanya dapat keluar dari kawasan tempat letak kereta itu pada sebelah petang dan mujur juga, mereka mempunyai kelas kuliah pada petang itu.

Bagaimanapun di ruangan komen, tampil seorang pemilik kenderaan yang menerima ‘surat layang’ daripada Amirul dan rakan-rakan itu.

“Salam. Tapi kereta saya parking row depan kenapa dapat surat layang gak eh? Tutup salam #sispelik,” soal Azreensya.

Wanita terbabit berasa pelik dan sedikit keliru ekoran kenderaannya dipersalahkan sedangkan dia memakirkan kenderaannya di bahagian depan.

Pada pemerhatian kami, mungkin surat terbabit yang asalnya diletakkan pada kenderaan menghalang laluan telah diubah oleh individu lain.

Sementara itu, pengguna Twitter, Miera Zainuddin memberitahu kawasan tempat letak kereta ditunjukkan dalam video sememangnya merupakan parkir khas untuk pelajar, namun rata-ratanya bersikap ambil mudah.

“Ni memang tempat khas parkir pelajar sahaja, so memang kadang-kadang wujud kebodohan semasa parking. Hahaha! Belum tengok lagi parking yang redha bumper nak kena sagat,” katanya.

Manakala majoriti pengguna Twitter lain mengecam teruk mentaliti segelintir pelajar berkenaan yang kononnya ‘bijak pandai’ namun hakikatnya mementingkan diri.

“Video ini mengajar kita yang belajar di universiti belum tentu menjamin yang kita ini pandai. Orang tak masuk universiti pun lagi pandai parking kereta,” tulis Fadli Alee.

“Inilah orang belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kepandaian dalam everyday life,“ kata Afiq Muazam. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: parkirUiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kilang Memproses Tandan Sawit Terbakar

Next Post

LHDN, Kastam Meterai MoU Kongsi Maklumat Cukai

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

Next Post

LHDN, Kastam Meterai MoU Kongsi Maklumat Cukai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd