• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO P.Pinang Mahu Lebih Ramai Melayu Miliki Rumah

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – UMNO Pulau Pinang giat berusaha memastikan orang Melayu dan bumiputera meningkatkan pemilikan rumah dan hartanah di negeri ini.

Menyedari akan kekangan dan peratusan pemilikan rumah serta hartanah yang sangat rendah dalam kalangan bumiputera Pulau Pinang, UMNO negeri menerusi Jawatankuasa Focus Group (JKFG) Perumahan dan Hartanah Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang merangka pelbagai inisiatif bagi tujuan itu.

Antaranya Program Pembelian Hartanah, Pembangunan Tanah Wakaf, Program Sewa dan Milik, Pengekalan Hartanah Warisan Melayu dan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata sebanyak 14 inisiatif strategik telah dirangka menerusi JKFG Perumahan dan Hartanah dengan agensi pelaksana utamanya terdiri daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), JKP Sdn Bhd dan Perda Ventures Incorporated (PVI) Sdn Bhd.

“Objektif utama JKFG Perumahan dan Hartanah ialah untuk mempertingkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan hartanah di negeri ini yang dilaksanakan dengan menyediakan rumah mampu milik dan membantu dalam pembiayaan perumahan terutamanya kepada kalangan bumiputera kurang berkemampuan,” katanya kepada Bernama.

Muhamad Farid berkata JKP Sdn Bhd menyasarkan sejumlah 9,711 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik dapat disediakan hingga 2020 dan setakat ini sebanyak 3,727 unit rumah telah siap dibina manakala selebihnya sedang dan akan dibangunkan.

Beliau berkata Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2012 pula telah memanfaatkan seramai 292 penerima dan daripada jumlah itu 265 penerima adalah daripada kalangan pembeli rumah dengan harga kurang RM100,000 iaitu pembeli rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.

Katanya tabung yang ditubuhkan dengan dana sebanyak RM14.59 juta itu menyasarkan golongan pekerja atau peniaga sendiri yang sukar untuk mendapatkan pembiayaan perumahan dari bank komersil.

Selain itu, Muhamad Farid berkata UMNO Pulau Pinang turut memperkenalkan konsep sewa dan milik menerusi Perda bagi memudahkan pemilikan rumah kepada kumpulan sasar dalam kalangan berpendapatan rendah tanpa perlu menyediakan bayaran pendahuluan, yuran guaman seperti kelaziman proses pembelian rumah.

Sementara itu, beliau berkata Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang juga menjadikan pembangunan Sistem Maklumat Geospatial sebagai agenda untuk merancang pembangunan masa depan berikutan kekurangan dan kekangan data pemilikan hartanah di Pulau Pinang.

“Kekurangan dan kekangan data pemilikan hartanah di Pulau Pinang menjadikan keadaan agak sedikit sukar untuk merancang pembangunan yang mampu menjaga geopolitik negeri ini,” katanya.

Pada masa sama, Muhamad Farid berkata pihaknya juga sedang menjalankan kajian mengenai kampung tradisi di negeri ini memandangkan pengekalan hartanah warisan Melayu turut menjadi inisiatif baharu yang akan dilaksanakan.

“Menerusi kajian ini kelak, kita akan mampu mengenal pasti kampung tradisi yang mungkin sepatutnya kita kekalkan demi kesinambungan warisan Melayu kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd