• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Nick Dihukum Cedera Petinju Bukan Kerabat Diraja

oleh
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jumaah Majlis Diraja Johor menafikan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabitkan kesalahan mencederakan petinju negara, sebagai kerabat diraja Johor.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, dalam satu kenyataan, turut menekankan kenyataannya pada 22 September 2017 bahawa hak berkenaan adalah terletak kepada Sultan Johor sendiri.

Ini termasuk kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang itu sebagai kerabat diraja Johor.  Baginda memiliki hak eksklusif itu mengikut Artikel 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

“Jumaah Majlis Diraja mengesahkan bahawa tertuduh sebagai tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai Kerabat Diraja Johor,” kata beliau lagi dalam kenyataan berkenaan di sini semalam.

Abdul Rahim mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas dua laporan berita tempatan disiarkan pada 15 November lalu yang menyatakan Tunku Nick Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor.

Dalam laporan itu, Bernama menyatakan bahawa Tunku Nick Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor. Sehubungan itu, pihak Bernama memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Kelmarin, hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32 tahun, dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda sebanyak RM10,000 selepas panel Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitannya.

Ia berhubung kesalahan Tunku Nick Tazudin terhadap pertuduhan mencederakan Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012 yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Tunku Nick Tazuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd