• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Ceria China Beli 300 Pesawat Boeing RM155 Bilion

oleh
13/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Ketika Malaysia Airlines Berhad (MAB) membeli 25 pesawat Boeing manakala jirannya, Singapore Airlines (SIA) pula 39 buah, China lebih hebat menempah 300 unit kapal terbang itu!

Berita kejayaan penjualan ratusan pesawat keluaran Amerika Syarikat (AS) kepada China itu menggemparkan dunia sekali gus membuktikan industri penerbangan di Asia Pasifik kini semakin ‘tumbuh’ pantas dan bersaing sengit.

Media antarabangsa melaporkan China mencipta ‘sejarah’ apabila bersetuju menandatangani perjanjian pembelian muktamad 300 pesawat dari gergasi aeroangkasa AS itu yang bernilai lebih AS$37 bilion (kira-kira RM155 bilion).

Ia sebagai sebahagian daripada pakej tawaran diumumkan semasa lawatan rasmi julung kali Presiden AS, Donald Trump ke ibu kota China untuk bertemu pemimpin utama negara kuasa ekonomi dunia itu, Xi Jinping kelmarin.

Perjanjian China Aviation Suppliers Holding Co. (CASC) untuk beli pesawat tersebut adalah antara AS$250 bilion (RM1.05 trilion) nilai kontrak perdagangan mega yang diumumkan pada majlis dihadiri oleh Trump dan Jinping.

Baca: Perjanjian RM1 Trilion AS-China : Siapa Jual Siapa?

Kenyataan media Boeing di ibu pejabatnya di AS berkata perjanjian bersejarah itu termasuk terma ‘tempah dan komitmen’ untuk beli pesawat tersebut yang dipesan pihak CASC pada September 2015 dalam harga senarai.

Boeing dan lawannya konsortium Eropah, Airbus kini bersaing hebat di China, pasaran pesawat kedua terbesar di dunia selain beberapa negara Asia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pelbagai firma penyelidikan ekonomi di AS meramalkan bahawa gergasi operator penerbangan Asia termasuk MAB, SIA, AirAsia dan Emirates; memerlukan lebih 7,200 buah pesawat komersial dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Boeing yang ditubuhkan pada 1916, ketika ini mengeluarkan hampir 800 buah pesawat pelbagai model termasuk ketenteraan setiap tahun, manakala Airbus yang diwujudkan sejak 1970 turut menghasilkan jumlah hampir sama.

Sementara itu, kerajaan China pada masa sama sebenarnya membangunkan model buatan tempatan, C919 iaitu pesawat jarak sederhana dalam usaha ‘cabar’ duopoli pasaran Boeing dan Airbus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AirbusBoeingChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd