• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sokong Penubuhan Suruhanjaya Pendidikan

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Beliau berkata kewujudan suruhanjaya tersebut juga dilihat perlu bagi mengelak berlaku perubahan serta pengenalan dasar-dasar baharu setiap kali menteri pendidikan dan menteri pendidikan tinggi berubah.

“Saya amat menyokong jika Suruhanjaya Pendidikan ini mahu diusulkan. Kita mahu melihat supaya suruhanjaya ini mengungguli dasar-dasar pendidikan yang harus dipatuhi oleh semua menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan. (Dasar) jangan perlu berubah apabila menterinya berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke-63 di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya Presiden GPMS Zambri Mohd Isa mencadangkan penubuhan suruhanjaya itu bagi memandu sistem pendidikan negara agar sentiasa konsisten dan berada pada landasan yang tepat.

Ahmad Zahid berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang ada ketika ini hanya menyemak skima pendidikan.

Justeru, Suruhanjaya Pendidikan akan dapat menjamin agenda pendidikan nasional dapat dicapai khususnya dalam wawasan negara merealisasikan Transformasi Nasional 2050.

“Jangan jadikan murid dan pelajar kita dimasukkan dalam makmal ujian. Mereka bukan bahan uji kaji.

“Mereka ialah aset negara yang harus diperkasakan. Jangan ada agenda peribadi dan pemikiran sempit dalam sektor pendidikan,” katanya.

Dalam itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata agenda GPMS yang memperjuangkan pendidikan Melayu tidak bererti NGO tersebut rasis dan membenci sistem pendidikan lain dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Ini bukan soal menyemarakkan api perkauman. Tetapi realitinya di negara manapun kita jadi warganegara, prinsip-prinsip Perlembagaan, peraturan dalam kehidupan, budaya dan bahasa harus dijunjung.

“Silang budaya dengan sesuatu kumpulan lain harus dihormati. Kita harus menghormati budaya orang lain,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sebarang perbezaan pendapat juga perlu ditangani berasaskan prinsip-prinsip Perlembagaan negara.

Selain itu, beliau turut mengingatkan tokoh lama, kini dan yang akan datang dalam GPMS supaya menyokong dan menghormati pemimpin dalam gabungan itu.

“Kita yang pernah jadi pemimpin GPMS, bila ada orang lain ambil alih, seolah-olah zaman kita saja baik, zaman kini tidak baik. Jangan ada sifat begitu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cantik Bak Bidadari, Video Tunang Fattzura Terus Dipuji

Next Post

Serangan Di Masjid Mesir: Rakyat Malaysia Selamat

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Serangan Di Masjid Mesir: Rakyat Malaysia Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd