• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Di Masjid Mesir: Rakyat Malaysia Selamat

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di masjid Al Rawdah di perkampungan Al Rawda, Utara Sinai, Mesir, semalam.

Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbankan 235 orang dan mencederakan 109 orang yang lain.

Wisma Putra, dalam kenyataan pada Sabtu, berkata Kementerian Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu.

“Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu,” kata kementerian berkenaan.

​​​​​​​Kementerian itu turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel [email protected].my untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.

Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu. – BERNAMA

Tags: Kedutaan MalaysiaMesirWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Sokong Penubuhan Suruhanjaya Pendidikan

Next Post

Agrobank Lancar Pembiayaan Mikro Agro Teras

Related Posts

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

23/09/2024
0

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat....

757 Kebakaran Hutan, Terbuka Di Kelantan

Serangan Iran Ke Atas Israel: Wisma Putra Perlu Bersedia, Pantau Rakyat Malaysia – TPM

14/04/2024
0

Kuching: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru...

Next Post

Agrobank Lancar Pembiayaan Mikro Agro Teras

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd