Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

TLDM Usaha Bawa Balik...

SHAH ALAM - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan 57 orang yang terlibat...

Penunggang Motosikal Perlu Lebih...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang...

Unit Siasatan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) akan diperluaskan ke beberapa lokasi...

Isu Ladang Gatco: ‘Orang...

PUTRAJAYA - Seorang penyelesai direman lima hari sehingga 23 September ini bagi membantu...

TPM Imbas DAP Angkuh Isu Banjir, Misi Tawan P.Pinang

BENCANA dahsyat seperti banjir terburuk dalam sejarah yang menimpa Pulau Pinang pada minggu lalu selalu dikaitkan dengan ketentuan cuaca yang di luar kawalan manusia.

Namun untuk berlagak ‘cakap besar’ atas tujuan politik konon negeri Utara semenanjung itu tidak mungkin akan ditimpa musibah banjir ketika musim tengkujuh seperti di Pantai Timur adalah satu bab lain pula.

Apatah lagi Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada tahun 2015 pernah perlekeh kerajaan PAS Kelantan konon ‘macam tidak ada kerajaan’ semasa negeri itu dilanda banjir besar.

Malah ada pemimpin pembangkang pernah biadab mendakwa konon ada unsur rasuah dalam projek tebatan banjir apabila senario bah masih lagi berlaku di negeri lain seperti Kuala Lumpur, Melaka atau Johor.

Inilah yang membuatkan kisah dan video drama Guan Eng sebak ketika memberitahu beliau menelefon Ahmad Zahid pada jam 3 pagi minta bantuan tangani negeri itu dilanda banjir menjadi tular dan bahan bualan ramai.

Berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di Kuala Lumpur pada Ahad, beliau menyentuh kisah dipeluk Guan Eng sewaktu tiba di Pulau Pinang untuk membuat tinjauan banjir.

Kata Ahmad Zahid lagi, dari sudut bantuan kemanusiaan untuk membela nasib rakyat yang dilanda banjir, pihak kerajaan persekutuan mengamalkan konsep ‘buta warna’ sekalipun Pulau Pinang ditadbir oleh parti pembangkang.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri ‘turun padang’. Ini berbeza pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka memperingati 1,000 hari Anwar Ibrahim dipenjara atas kesalahan liwat.

Namun dalam membakar semangat ahli Gerakan yakni parti komponen BN yang dahulunya terajui kerajaan Pulau Pinang, beliau menilai pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah masa terbaik untuk merampas balik negeri itu.

Bahkan Ahmad Zahid menilai ratusan siri banjir menimpa Pulau Pinang sepanjang tahun ini adalah satu kegagalan pihak kerajaan DAP mentabir negeri berkenaan dengan begitu baik berbanding BN sejak 1970 hingga 2008.

Kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Kebangsaan, masalah banjir besar itu berlaku ketika pihak kerajaan negeri tersebut angkuh mendabik dadak mendakwa konon banjir tidak akan melanda negeri berkenaan.


“Ya mereka tempelak kita konon bukan kerana tarah bukit, konon bukan sebab pembangunan. Ya benar 17 jam hujan tetapi jika pembangunan dirancang baik, kita dapat lihat bagaimana banjir boleh bertakung begini,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata bahawa kerajaan persekutuan BN tidak pernah mempolitikan bantuan yang diberi namun ada pihak pula terutama pembangkang yang suka sangat mempolitikkan segala-gala isu semasa.

Bagi beliau rakyat sudah tentu dapat melihat unsur berbaur kebencian yang cuba ditanam terhadap BN serta akan menghukum pemimpin dan parti terbabit pada hari penentuan ketika PRU ke-14 nanti.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri yakin Gerakan boleh kembali ke zaman kegemilangan dahulu dan berkata: “Kekalahan Gerakan di Pulau Pinang dalam PRU ke-12 pada 2008, hanyalah bersifat sementara.”

Apapun Ahmad Zahid meminta semua parti komponen BN membuat persiapan rapi menjelang PRU ke-14. Katanya jangan hanya persiapan atas kertas kerana menurutnya, PRU ke-14 cuma 180 hari saja daripada sekarang.

Katanya tarikh sebenar akan diumumkan oleh Perdana Menteri setelah melihat semua persiapan cukup rapi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan beliau sentiasa mendapat maklumat mengenai apa berlaku.

Beliau tahu siapakah betul-betul buat kerja, atau pura-pura, hanya tunjuk muka apabila menteri turun, yang melobi untuk jadi calon, siapa tiba-tiba tunjuk rajin tetapi sebenarnya tidak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori