• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 MOTAC: Idea Penting Bentuk Dasar Pelancongan

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pandangan dan idea yang dikongsikan melalui program Jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) sangat penting untuk membentuk dasar pelancongan dan kebudayaan negara menjelang 2050, kata Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata pandangan daripada seluruh rakyat termasuk di Sabah dapat memastikan apa juga yang akan dilakukan kerajaan kelak akan mengambil kira tentang kelestarian budaya, warisan dan ekopelancongan di negara ini.

“Segala pendapat dan aspirasi yang dikongsikan melalui program jelajah ini akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai tabung idea dan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita sempena program jelajah TN50 MOTAC, di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata program bertemakan ‘Budaya Tinggi Pelancongan Lestari’ itu bertujuan menjadikan sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada sosioekonomi serta memperkasakan seni, budaya dan warisan.

“Program jelajah TN50 MOTAC ini adalah kali kedua selepas diadakan di Kuala Lumpur pada 17 Okt lepas. Terdapat tiga subtema sepanjang program ini iaitu kebudayaan, pelancongan dan pembangunan model insan,” katanya.

Katanya, jelajah TN50 MOTAC ini berkonsepkan sesi dialog yang membincangkan hala tuju TN50 bagi kementerian itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd