• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Dedikasikan Kepada Allahyarham Datuk Suleiman

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Bapa Bola Sepak Johor, Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.

Tunku Ismail, yang merupakan pemilik Kelab Bola Sepak JDT, berkata kemenangan itu sebagai janji beliau kepada allahyarham untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor.

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

“Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato’ Suleiman Mohd Noor yang baru meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991,” kata Tunku Ismail menerusi catatan di Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Tunku Ismail berkata walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan JDT, tetapi ia satu pencapaian dan ingin dedikasikan piala berkenaan kepada allahyarham bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta keluarga JDT serta tahniah kepada pemain, pegawai dan pengurusan pasukan.

JDT, semalam, dinobatkan juara Piala Malaysia 2017 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. – BERNAMA

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

Kemajuan Johor Adalah Kerana TMJ…Diikuti Onn Hafiz…Yang Lain Sila Senyap…

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KEMAJUAN luar biasa Johor memang tidak boleh dinafikan. Justeru, bila pilihan raya negeri (PRN) bakal menjelang, banyak la...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd