Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Saya Akan Ketuai Pasukan...

MELAKA - Pengurusan sebuah kolej antarabangsa di Bukit Sebukor di sini yang sebahagiannya...

Nahas Maut: Kes Drebar...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 Sept depan sebagai tarikh...

Pesakit HSA Pindah Ke...

PUTRAJAYA - Susulan kejadian kebakaran di di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital...

Persoal Kes Remaja Basikal,...

JOHOR BAHRU - DAP Johor menyelar peguam, Zulkifli Noordin kerana mempersoalkan adakah seorang...

Tiada Kuota Kaum Kemasukkan Ke Kolej Vokasional

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menegaskan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke kolej vokasional adalah terbuka kepada semua kaum tanpa peruntukan kuota tertentu untuk mana-mana kaum, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata pada masa ini kerajaan sedang membina lebih banyak kolej vokasional bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar-pelajar yang berminat mengikuti pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

Katanya, sejak pelan Transformasi Pendidikan Vokasional diperkenalkan pada 2012, sebanyak 81 kolej vokasional telah beroperasi di seluruh negara dan lima buah lagi dalam proses pembinaan.

“Penyediaan tempat-tempat baharu untuk latihan vokasional ini tidak melihat kepada kouta, sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera, ia terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengikuti kemahiran tersebut,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi membantu golongan minoriti seperti masyarakat India untuk ditempatkan ke kolej vokasional.


Terdahulu menjawab soalan asal Kulasegaran mengenai jumlah pelajar yang telah berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia, Chong berkata sehingga kini seramai 2,273 graduan kohort pertama 2016 dari 15 kolej vokasional rintis telah berjaya memperoleh Diploma Kolej Vokasional.

Katanya, seramai 12,997 graduan kohort kedua pula telah menerima diploma sama pada Ogos tahun ini.

“Sebanyak 90.58 peratus daripada 2,273 pada 2016 telah bekerja manakala sebanyak 55.49 peratus daripada 12,997 pelajar kohort kedua pada tahun ini telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori