• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tegak Kepastian Hukum Selesai Pertikaian Berkesan

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mendukung kepastian hukum bagi penyelesaian pertikaian yang berkesan supaya ia terus kekal menjadi hab kewangan Islam yang utama, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour.

Katanya, kepastian hukum secara umumnya dikatakan menjadi tumpuan kepada peraturan perundangan.

“Adalah penting bahawa undang-undang mesti boleh diakses, jelas, boleh diramal dan rakyat harus yakin bahawa persoalan mengenai hak dan liabiliti akan ditentukan oleh kaedah yang memenuhi keperluan ini” katanya semasa berucap pada seminar Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia mengenai ‘Aspek Praktikal bagi Penyelesaian Pertikaian dalam Kemudahan Kewangan Islam’ di sini hari ini.

Abdul Rasheed berkata dalam konteks kewangan Islam, tugas menegakkan kepastian hukum adalah lebih kompleks berikutan dua perkara.

“Pertama, prinsip-prinsip dan keperluan syariah mesti diselitkan dalam undang-undang yang ada daripada sumber-sumber agama.

“Kedua, huraian ini, yang ditulis sejak beberapa abad lepas, mesti digunakan mengikut konteks kewangan moden. Untuk keringkasan, saya akan rujuk kedua-dua aspek ini sebagai kepastian syariah,” katanya.

Malaysia pada hari ini, telah diiktiraf oleh banyak negara luar disebabkan ia memiliki kerangka perundangan dan kawal selia yang komprehensif bagi kewangan Islam dan ini menyebabkan pasaran kewangan Islam baharu muncul melihat Malaysia sebagai model untuk dicontohi.

“Melihat kembali, saya percaya bahawa kepastian yang disediakan oleh rangka kerja perundangan dan kawal selia, kita telah menyumbang kepada pembangunan yang mantap dan progresif dalam sistem kewangan Islam Malaysia,” katanya.

Dengan jumlah orang Islam merangkumi 24 peratus daripada penduduk dunia, aset kewangan Islam global berada pada US$1.9 trilion (US$1 = RM4.18) dalam 2016 dan diramalkan akan mencapai US$3.2 trilion menjelang 2020.

“Ini adalah sangat besar dan merupakan pasaran yang amat cepat berkembang, potensinya lumayan. Institusi kewangan dan profesional perundangan Islam di Malaysia berpeluang untuk mengaut keuntungan tersebut, hanya jika mereka meletakkan diri pada kedudukan yang cukup baik untuk merebut peluang berkenaan,” katanya.

Katanya, terdapat dua cabaran yang unik dalam kepastian syariah, yang mana keperluan syariah perlu diselitkan ke dalam undang-undang, serta digunakan sebagai penetapan kontemporari.

“Cabaran-cabaran ini menjadi lebih sukar selepas ditambah dengan perubahan pantas masa, pengembangan perniagaan yang lebih cepat serta pergerakan kewangan yang tidak statik..

“Jangkaan sekarang ini adalah supaya sistem perundangan kita memakai prinsip-prinsip syariah bagi memperkenalkan produk baharu dan pendekatan yang sesuai dengan masanya, sambil kekal jelas, fleksibel untuk inovasi tetapi tetap berpegang pada kerukunan agama,” katanya.

Abdul Rasheed berkata ini adalah perintah tertinggi dan bidang kuasa yang berjaya mematuhi perkara ini, sudah pasti akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengambil kesempatan daripada ledakan gelombang kewangan Islam.

Kepastian pada sekitar peraturan syariah yang terpakai pada kemudahan kewangan Islam tertentu adalah amat penting, khususnya dalam konteks penguatkuasaan undang-undang sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada keperluan berkaitan sariah, katanya.

“Ketidakpastian dalam mana-mana bahagian dalam bidang tersebut boleh menyebabkan para pelabur melihat kemudahan berkenaan sebagai instrumen berisiko tinggi, dan dalam kes yang agak ekstrem, mampu menyebabkan ketidakstabilan ke atas pasaran kewangan Islam secara umumya,” katanya.

Katanya, Malaysia perlu meningkatkan kepastian yang berterusan semasa ia melangkah ke hadapan dan ini memerlukan ia cemerlang pada peringkat individu dan institusi. – BERNAMA

Tags: Abdul Rasheed Ghaffour
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hanya Watak, Usah Panggil Saya Bimbo” – Sakinah

Next Post

Perompak Gali Terowong Ke Tempat Simpanan Bank

Related Posts

Pembiayaan Mikro Manfaat Lebih Sejuta Perusahaan

22/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Landskap pembiayaan mikro Malaysia, yang berkembang daripada dipacu kerajaan kepada sesuatu yang melibatkan penyertaan cergas sektor swasta,...

Next Post

Perompak Gali Terowong Ke Tempat Simpanan Bank

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd