Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Isu Gimnas Tayang Lurah...

KUALA LUMPUR - Isu kontroversi pakaian seorang atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul...

Mansuh JAKIM: PDSSMM Selar...

PERTUBUHAN Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (PDSSMM) menyelar kenyataan anak kepada bekas Timbalan...

Anthony Martial Mahu Tinggalkan...

MANCHESTER United dikejutkan dengan hasrat pemain, Anthony Martial mahu meninggalkan kelab itu. Berita tersebut...

PDRM Terima 605,723 Permohonan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 605,723 permohonan perjalanan antara negeri...

Perompak Gali Terowong Ke Tempat Simpanan Bank

NEW DELHI – Sekumpulan perompak telah menggali terowong sepanjang 7.6 meter untuk tembus ke dalam tempat simpanan sebuah bank di bandar kewangan Mumbai, India.

Lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa, rompakan itu dipercayai berlaku di sebuah cawangan Bank of Baroda di kawasan Juninagar berhampiran Navi Mumbai pada awal hari Ahad.

Pegawai polis berkata mereka telah mendaftarkan kes itu dan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Menurut laporan, rompakan itu telah dirancang lebih lima bulan lepas.

Kakitangan bank menyedari tentang rompakan itu apabila mereka ke tempat kerja pada pagi Isnin dan memasuki bilik penyimpanan sebelum mendapati beberapa bilik kebal telah terbuka.


“Kami sedang meneliti rakaman CCTV. Bagaimanapun, nilai sebenar barangan yang dirompak belum dapat dipastikan,” kata seorang pegawai polis. – BERNAMA

Kategori