• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Langgar Wanita Di Taman Sri Andalas Ditahan

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis hari ini menahan seorang lelaki di Bandar Bukit Tinggi di sini, kerana disyaki melanggar seorang wanita dengan kereta semasa cuba melarikan diri daripada pergaduhan di Taman Sri Andalas di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek berusia 20-an itu ditahan di tepi jalan pada 1.30 petang oleh sepasukan anggota polis, yang turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai digunakan ketika kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, suspek didakwa melanggar seorang wanita yang merupakan penduduk taman berkenaan.

Ketika kejadian, wanita itu keluar melihat kekecohan berikutan rakan suspek melanggar kereta milik seorang lagi penghuni taman berkenaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Wanita itu mengalami kecederaan di pinggang dan beberapa bahagian badan akibat dilanggar kereta dipandu suspek yang bertindak hendak melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata polis juga mengenal pasti identiti sembilan lagi suspek lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu.
Katanya identiti kesemua suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan serta rakaman video pergaduhan tersebut yang tersebar di laman sosial.

Pergaduhan tercetus apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki sepasang kekasih terbabas dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kenari di kawasan perumahan tersebut.

Susulan itu, beberapa penduduk taman terbabit keluar dari rumah masing-masing untuk melihat kemalangan tersebut dan pasangan kekasih itu kemudian menelefon beberapa rakan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Kira-kira 15 kenalan pasangan itu tiba di kawasan tersebut dan berlaku pertengkaran antara kumpulan terbabit dan beberapa penduduk.

Ketika kejadian, seorang penduduk yang juga pegawai polis berusia 49 tahun dikatakan melepaskan tembakan untuk menyuraikan keadaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

Tags: ACP Shamsul Amar Ramliditahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd