• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sunway Pyramid Tawar ‘Tatu’ Untuk Keselamatan Anak

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENCULIKAN kanak-kanak merupakan antara isu yang sering kita dengar terjadi di Malaysia. Ianya bertambah serius apabila ada pihak yang terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Jadi, tidak hairanlah kebanyakan ibu bapa kini menggunakan baby harness pada anak-anak mereka. Lagi-lagi jika mereka berjalan-jalan di tempat awam.

Disebabkan itu, pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal, Sunway Pyramid terpanggil untuk membantu mencegah masalah tersebut.

Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba, pengurusan pusat beli-belah terkemuka yang terletak di Kuala Lumpur itu menyediakan ‘tatu’ buat si kecil.

“Hai ibu bapa! Bersempena cuti sekolah yang akan datang, kami telah menyediakan ‘Child Safe Emergency Contact Tattoo’ (Tatu Talian Kecemasan Keselamatan Kanak-kanak) yang mudah diletakkan di lengan anak anda dengan kain lembap atau span,” tulisnya di laman Facebook.

Tatu yang dipanggil ‘Child Safe Emergency Contact Tattoo‘ itu adalah tatu sementara yang boleh dilekatkan pada tangan kanak-kanak yang datang ke pusat beli-belah tersebut.

Menerusi Facebooknya, pengurusan Sunway Pyramid menyediakan tatu sementara itu secara percuma dan boleh diambil di tingkat G dan LG (berdekatan Restoran Marakesh) premis berkenaan.

Nombor telefon pusat beli-belah itu turut disertakan di tatu sementara tersebut. Nombor tersebut akan terus disambungkan ke pihak polis bantuan dan kakitangan yang bertugas.

Menurut entri yang dimuat naik page Sunway Pyramid, tatu tersebut boleh dibersihkan menggunakan tisu lembap, pembersih tangan dan minyak bayi.

Mungkin cara ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah penculikan yang berlaku.

Tetapi, ibu bapa masih perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin lebih-lebih lagi di tempat awam. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Child Safe Emergency Contact TattooSunway Pyramidtatu sementara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengalaman Hutan Hujan Di Sunway Pyramid

23/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengunjung pusat membeli-belah Sunway Pyramid kini berpeluang menikmati suasana hutan hujan dengan kicauan burung, bunyi cengkerik, deruan...

“Tatu Tetap Haram Walaupun Sementara” – Dai’ Wan

01/02/2018
0

SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar mengenakan lakaran tatu pada anggota badan. Senario...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd