Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Panglima TLDM Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin...

Kemurahan Hati Ayah Emma...

JIKA sebelum ini nama ayah Emma Maembong pernah tercalit kontroversi gara-gara komen panasnya...

12 Tips Untuk Bakal...

Kadang-kadang, para suami sukar hendak faham keadaan isteri bila sedang berbadan dua. Macam-macam...

MAHB Akan Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menaik taraf prasarana komunikasinya...

Sumber Dedah Fattzura Dah Bernikah, Betul Ke?

SPEKULASI demi spekulasi yang menyelubungi kehidupan peribadi pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura semakin lama semakin hangat diperkatakan selepas terdapat dakwaan mengatakan pasangan ini telah bernikah sebelum berangkat mengerjakan umrah.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga pihak yang mendakwa Fattah dan Fazura hanya baru  bertunang dan bakal bernikah di Tanah Suci.

Baca: Fattah – Fazura Bertunang, Bakal Nikah Di Makkah?

Terbaru satu lagi cerita muncul di mana terdapat satu sumber tampil mendedahkan perkara yang berlaku berhubung isu berkenaan kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Menurut sumber yang tidak didedahkan identitinya, pasangan selebriti ini bukan berkahwin secara rahsia tetapi majlis berkenaan diadakan secara tertutup.

Ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja demi memastikan privacy kedua-dua pihak terjaga.

Sumber berkata, Fattah dan Fazura telah selamat diijabkabulkan pada jam 12.30 tengah malam pada 14 November lalu diwalikan oleh salah seorang abang kandung pelakon wanita itu.

Dengan hanya sekali lafaz, pernikahan pasangan ini berjalan lancar si banglo kediaman milik nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” katanya.

Jelas sumber lagi, pada awalnya pasangan ini merancang untuk bernikah di Tanah Suci namun ia diubah pada saat-saat akhir kerana tidak dapat dijalankan di sana.


Memetik laporan portal berkenaan, Mynewshub difahamkan pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada 13 November 2017 di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber lagi.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dilihat merestui hubungan pasangan ini dan mendoakan agar ‘mahligai’ yang dibina kekal hingga ke Jannah.

Fazura Memang Tidak Mahu 'Move On' Daripada Fattah

Setakat ini, sejauh mana kesahihannya masih tidak tahu kerana pasangan ini masing-masing masih belum membuat sebarang pengesahan mahupun pengumuman rasmi mengenai status mereka.

Juga: Pemohonan Nikah Fattah, Fazura Tiada Dalam Senarai?

Malah, pihak pengurusan pasangan ini juga hanya berdiam diri dan menjelaskan majlis berkenaan hanyalah sebuah kenduri doa selamat sempena keberangkatan Fattah dan Fazura ke Makkah.

Bagaimanapun, pasangan ini memberitahu bakal mengadakan satu sidang akhbar pada 23 November ini bagi menjawab segala persoalan mengenai hubungan mereka.

Lagi: Persoalan Bakal Terjawab Lepas Balik Umrah

Sama-samalah kita tunggu, kenyataan rasmi daripada tuan empunya badan sendiri lah ya berhubung status terkini mereka! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori