Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KWSP Dijangka Umum Dividen...

KUALA LUMPUR : Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan...

Jawi Laksana Proses 4P...

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan proses 4P...

“Ingat Dah Tak Ada,...

SEKALI lagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dikejutkan dengan perbuatan individu...

Keluarga Nafi Adun Seri...

SHAH ALAM – Keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr...

Sultan Selangor Buka Semula Masjid Diraja Sultan Suleiman

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyempurnakan majlis pembukaan semula Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini, yang selesai ditambah baik pada 17 Oktober lepas.

Baginda tiba di masjid itu dengan diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada 12.45 tengah hari.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah lain di masjid tersebut.

Baginda menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kerjasama dan komitmen yang membolehkan projek pemuliharaan masjid itu selesai.

“Beta merasakan adalah penting untuk seni bina warisan ini dikekalkan terutama sekali reka bentuk asal dalaman dan luaran bangunan masjid ini. Apatah lagi masjid ini adalah sebahagian daripada sejarah penting kesultanan negeri Selangor dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor kelima,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Selangor hari ini.

Baginda bertitah ia adalah kali pertama pemuliharaan besar-besaran dibuat terhadap masjid itu sejak ia dibina pada 1932.

“Beta berpuas hati dengan usaha-usaha dilakukan untuk mengekalkan ciri-ciri keunikan masjid ini, walaupun sudah berusia lebih separuh abad, struktur bangunannya masih kukuh dan teguh.


“Beta berharap sekalian rakyat dapat menghargai keindahan masjid ini dan mengimarahkannya sebaik mungkin sebagai sebuah pusat pembangunan ummah dan masyarakat setempat,” titah baginda.

Kerja-kerja menambah baik masjid berkenaan disiapkan dalam tempoh kira-kira dua tahun dengan kos sebanyak RM12 juta tanpa mengubah seni binanya.

Masjid berusia 85 tahun itu mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana reka bentuk serta seni bina yang unik hasil pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan Inggeris.

Masjid berkenaan direka bentuk leh arkitek Leofric Kesteven sebelum diserahkan kepada Sultan Ala’eddin Suleiman Shah pada 1933. – BERNAMA

Kategori