• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Kedah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan doa selamat bersempena Istiadat Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah dan Tunku Laksamana Kedah di Masjid Zahir di sini.

Baginda tiba di perkarangan masjid pada 12.20 tengah hari dengan diiringi Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Majlis bacaan yasin dan doa selamat berkenaan dipimpin Imam Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abd Halim.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah yang diimamkan oleh Syeikh Roslan .

Majlis bacaan yasin dan doa selamat berkenaan merupakan sebahagian daripada program yang disusun atur bersempena Istiadat Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah dan Tunku Laksamana Kedah yang akan berlangsung pada 26 Nov ini di Istana Anak Bukit. – BERNAMA

Tags: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerai Geopark Dimasyhur Geopark Kebangsaan

24/11/2018
0

YAN - Jerai Geopark hari ini dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan sempena pertabalan Sultan Kedah Ke-29 Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin...

Projek Bangun Tanah Wakaf Pertama Di Kedah

22/11/2018
0

ALOR SETAR - UDA Holdings Berhad (UDA) melalui anak syarikatnya UDA Waqf Sdn Bhd (UDA Waqf) memperkenalkan projek pembangunan hartanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd