• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Mahu Pemimpin Bermuafakat, Selesai Kemelut

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini melahirkan rasa kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada masa ini dan menasihati semua pemimpin Melayu untuk bersama berbincang masalah bangsa dengan cara bermuafakat dan berlapang dada.

Baginda bertitah sebagai Raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Agama Islam maka baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

“Dari hari ke sehari, orang Melayu terheret dengan krisis kredibiliti yang mencalar imej dan kepercayaan kepada institusi yang dipimpin oleh orang Melayu, yang akhirnya menyusutkan keyakinan, pengaruh dan kuasa sebenar orang Melayu.

Kekusutan sebegini membuatkan hati saya merasa bimbang, dan saya mengambil pendirian untuk mengingatkan orang Melayu supaya mencari penyelesaian dengan segera,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO), bersempena Hari Keputeraan baginda yang ke-59.

Dalam kenyataan bertajuk “Pesanan Buat Orang Melayu Johor”, Sultan Johor berharap kepentingan dan pengaruh orang Melayu dijaga sebaik-baiknya tanpa sebarang kompromi dan dolak dalih, terutama di Johor yang dikatakan sebagai negeri yang menjadi benteng dan bermulanya perjuangan Melayu.

Sehubungan itu, baginda mengambil pendirian untuk mengingatkan orang Melayu supaya mencari penyelesaian segera sambil menyaksikan orang Melayu bangkit bersatu untuk menjadi bangsa yang besar dan berpengaruh, tanpa perlu menyinggung atau mengenepikan bangsa lain.

“Jangan hanya sibuk melaungkan tentang hak keistimewaan, tetapi sesama bangsa Melayu, hidup leka dan bersengketa.

Untuk itu, suka saya nasihatkan semua pemimpin Melayu supaya bermuafakat, duduk semeja dan berlapang dada untuk berbincang tentang masalah bangsa dan memberi fokus untuk meningkatkan maruah serta menjaga kepentingan orang Melayu,” titah baginda.

Baginda berharap pemimpin Melayu juga dapat menunjukkan keikhlasan dalam perjuangan membela nasib orang Melayu dan bukannya mengambil segala kesempatan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

“Kembalikan rasa percaya dan rasa setia orang Melayu kepada para pemimpinnya. Saya yakin, dengan adanya perdamaian dan permuafakatan, segala masalah dan cabaran akan dapat diatasi demi mencapai tujuan sama untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh orang Melayu,

Saya berharap semua pemimpin Melayu dan orang Melayu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kepentingan bangsa. Semoga usaha ini membuahkan manfaat besar kepada tanah air, dan untuk generasi kita yang akan datang,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan UPSR Disertakan Pencapaian Murid

Next Post

S Veenod Sertai Kelantan Musim Depan

Related Posts

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat Perhatian Istana Johor

10/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka mendapat perhatian Sultan...

Next Post

S Veenod Sertai Kelantan Musim Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd