• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukarelawan Skim Rondaan Sukarela Wajar Diberi Elaun

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sukarelawan yang terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) di sesebuah kawasan kejiranan wajar diberi elaun bagi perkhidmatan yang dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan prihatin dengan peranan penting pasukan peronda di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ini serta mengambil berat terhadap keselamatan mereka semasa menjalankan rondaan.

“Sukarelawan yang terlibat dengan SRS ini bekerja secara sukarela. Mereka turut bekerja pada siang hari dan pada waktu malam melakukan rondaan di kawasan kejiranan bermula kira-kira 12 tengah malam hingga 4 pagi.

“Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan dapat membayar sedikit elaun kepada sukarelawan yang terlibat dalam SRS kerana mereka menjalankan tugas dengan inisiatif sendiri bagi menjaga keamanan dan keselamatan kawasan setempat,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai sebarang insentif atau elaun untuk sukarelawan SRS terutama sekiranya berlaku sebarang insiden semasa menjalankan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan masing-masing.

Kurup berkata terdapat 5,004 SRS dalam kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara pada masa ini dan 7,490 kes jenayah di peringkat komuniti berjaya ditangani oleh pasukan tersebut. – BERNAMA

Tags: ElaunSRS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd