• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Atur Perlawanan Persahabatan Di Negara Arab

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Kesukaran mengatur perlawanan persahabatan di negara Arab merupakan sebab utama ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menjadikan Korea Selatan sebagai destinasi ideal bagi mempersiapkan pasukan sebelum menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, Januari depan.

Katanya, sebahagian besar negara Asia Barat hanya akan bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya ia diadakan di sana selain mengambil kira jarak perjalanan yang lebih jauh untuk ke China berbanding Korea Selatan.

“Selain itu, pasukan Asia Barat berada dalam kumpulan kita, mereka akan ke Jepun ataupun Korea Selatan untuk membiasakan diri dengan cuaca sejuk di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari pertama sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata skuad negara yang diundi berada di dalam kumpulan C bersama tiga negara Arab iaitu Iraq, Mesir dan Arab Saudi berpeluang menguji kekuatan bersama salah satu daripada pasukan negara itu sebelum memulakan kejohanan ketika di China.

“Kemungkinan besar satu perlawanan persababatan menentang salah satu pasukan yang layak ke Piala AFC U23 2018 tetapi berada dalam kumpulan lain akan diadakan ketika di China sebelum kita menentang Iraq pada aksi pembukaan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mengesahkan seramai 26 daripada 30 pemain yang dipanggil mengikuti kem latihan pusat selama tiga minggu bermula hari ini sudah melaporkan diri, sementara empat pemain lagi dijangka turut menyertai dalam masa terdekat.

Empat pemain itu ialah Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Tommy Mawat Bada dan Amierul Hakimi Awang.

“Matt Davies ketika ini di Madrid, Sepanyol dan akan kembali ke Australia dahulu untuk menjalani sesi pemulihan dan Syafiq sedang sibuk menguruskan hal perkahwinan beliau. Tommy dan Amierul pula ada masalah dengan penerbangan ke Kuala Lumpur,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd