• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri ‘Serang’ Ibu Budak, Apa Kes Ni?

oleh
12/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH pengasuh mengabaikan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka sering kali menggemparkan negara kita.

Lebih kejam, ada juga kes sedih yang melibatkan kanak-kanak kecil itu maut akibat didera dan ditinggalkan tanpa penjagaan sewajarnya.

Kali ini netizen digemparkan pula dengan penularan rakaman memaparkan aksi pertelingkahan antara pengasuh dengan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak yang ‘konon’ menjadi mangsa penderaan.

Menerusi video berkenaan dilihat sepasang suami isteri yang juga dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan telah ‘menyerang’ pula wanita terbabit di kediamannya.

Selang beberapa minit kemudian, mulai kedengaran beberapa kali letusan dan suara jeritan dari rumah berkenaan.

“Kau cakap dera. Eh kau baca balik! Kau baca balik!!!” tengking pengasuh tersebut.

Kemudiannya, jeritan itu dibalas pula oleh wanita terbabit dengan memberitahu status berkenaan bukan hanya dituju kepada pengasuh tersebut sahaja.

Tetapi, ia turut ditujukan kepada seorang lagi pengasuh lain yang juga didakwa melakukan perkara sama terhadap anaknya.

“Dengar betul-betul! Saya cakap bini abang pasal ini je. Ini saya cakap pasal akak tu. Saya cakap akak sikit je. Saya cakap dia pengasuh. Akak faham tak. Bukan akak sorang!” bidas wanita itu.

Insiden yang tidak dikenal pasti lokasi dan masa kejadian sebenar itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Namun, setakat ini hasil tinjauan Mynewshub mendapati ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah tampil memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Wanita yang dikenali dengan nama Rabiah Mohd Salleh itu memaklumkan beberapa pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan lanjut mengenai perkara ini.

“Kes suami isteri datang SERANG saya kat rumah biar pihak polis yang akan buat tindakan. Kes lalai pengasuh jaga anak saya biar pihak JABATAN KEBAJIKAN MASYARAkAT yang akan uruskan.

“Kes viral video saya biar MAHKAMAH SIVIL yang akan uruskan. Saya akan saman kes viral ini sampai penghujung. Terima kasih yang dah terlibat bantu saya hari ini pergi balai pergi hospital,” tulisnya menerusi posting di laman Facebook.

Video yang viral itu sehingga kini telah menerima lebih daripada 71,000 tontonan menerusi laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd