• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPU Paling Teruk Terjejas Banjir Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Daerah Seberang Perai Utara (SPU) disifatkan sebagai kawasan paling teruk terjejas akibat banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat lebih 15 jam bermula pukul 2 petang semalam, kata seorang pegawai kanan polis negeri.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Pulau Pinang Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah berkata sehingga 1 tengah hari ini, seramai 2,588 mangsa banjir di daerah itu ditempatkan di 19 buah pusat penempatan sementara banjir.

“Selain itu, daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS), Timur Laut serta Barat Daya juga turut mengalami banjir, namun keadaan di empat daerah itu tidak seteruk di kawasan SPU.

“Ketika ini, terdapat 291 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara banjir di Timur Laut, 379 (Barat Daya), 500 (SPT) dan seramai 25 orang di SPS,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata 1,200 pegawai dan anggota polis sedang bertugas secara giliran 24 jam sehari bermula semalam dan semua cuti mereka dibekukan bagi memastikan kelancaran operasi menyelamat serta membantu mangsa banjir.

Mohamad Anil Shah berkata pihaknya menggunakan keseluruhan logistik yang ada dan turut mendapatkan bantuan lori, bot dan land rover daripada kontinjen berdekatan bagi menambah keperluan di Pulau Pinang.

Beliau berkata selepas mendapat maklumat berhubung keadaan cuaca buruk pihak polis terus mengambil langkah segera bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam membantu, menyelamat serta memindahkan mangsa banjir yang terlibat.

Katanya menjadi keutamaan polis bagi memastikan mangsa diselamatkan dalam tempoh segera dan dipindahkan ke kawasan yang selamat serta pihaknya juga mengambil langkah segera mengawal lalu lintas supaya tidak berlaku kesesakan.

“Selain itu, orang ramai terutama mangsa banjir tidak perlu bimbang kerana kami menempatkan polis di pusat pemindahan sementara banjir serta mengadakan rondaan secara berkala di kawasan yang terjejas bagi memastikan tidak berlaku sebarang kes jenayah,” katanya.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak panik dan mematuhi arahan polis bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Penduduk yang rumah mereka dinaiki air diminta menghubungi polis supaya kami dapat memindahkan mangsa dan pihak polis juga membuka bilik gerakan 24 jam sehari di lima daerah terlibat bagi membantu mangsa,” katany

Mohamad Anil Shah berkata ketika ini masih terdapat beberapa laluan yang ditutup berikutan air naik sehingga 0.5 meter antaranya di sebelah pulau iaitu Jalan P. Ramlee, Jalan Patani dan Jalan Perak serta Lebuh Kampung Jawa dan Jalan Mahsuri.

Katanya di bahagian Seberang Perai Utara ialah Jalan Paku Lima, Jalan Kampung Perlis, Jalan Bertam Perdana, Jalan Bertam Indah serta Jalan Jelawat.

“Sementara itu, terdapat juga beberapa laluan yang turut ditutup kerana tanah runtuh dan pokok tumbang antaranya di bahagian pulau iaitu Jalan Tun Sardon-Balik Pulau, Jalan Bukit Jambul, Jalan Sungai Pinang-Titi Kerawang serta Jalan Assumption di Butterworth,” katanya.

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga pukul 5 pagi ini.

Semua daerah di negeri ini ditenggelami air berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat lalu bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Politikkan Bantuan Mangsa Banjir Di P.Pinang

Next Post

Jalan Raya Bertukar Menjadi Lautan Coklat Sekelip Mata

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Jalan Raya Bertukar Menjadi Lautan Coklat Sekelip Mata

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd