• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Pertimbang Nama Parti Gagal Hantar Wakil

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin menyiarkan termasuk menerusi media massa parti politik yang gagal menghantar wakil ke pusat pengundian dan penjumlahan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang bagi meninjau proses pengundian.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya berpendapat langkah seumpama itu penting bagi mengelak perkara tidak diingini termasuk tuduhan tidak berasas daripada parti-parti bertanding.

“Kita minta parti bertanding di sesuatu kawasan dapat menghantar wakil mereka. Kalau dari 8 pagi hingga 5 petang mungkin boleh buat syif supaya mereka datang dan tengok keadaan (proses pengundian).

“Bila berbangkit sesuatu, merekalah yang akan beritahu (kepada parti) tentang kebenaran apa yang berlaku, jangan sorok perkara sebenar demi kepentingan politik parti,” katanya kepada pemberita selepas taklimat parti politik bagi persediaan PRU14 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hashim menegaskan SPR adalah sebuah badan diberi mandat oleh Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya dan tidak menyekat mana-mana parti politik selagi ia mengikut undang-undang.

Selain itu, beliau berkata SPR tidak melaksanakan tugas secara sewenang-wenang, sebaliknya ia menjalankan tanggungjawab berpandukan kepada akta-akta berkaitan.

“Kalau ada yang tidak percaya dengan SPR, badan mana lagi dia nak untuk melaksanakan pilihan raya. Bila (badan baharu dilantik) naik, nanti macam-macam tuduhan juga dikatakan,” katanya.

Mengenai program hari ini, Mohd Hashim berkata ia diadakan bagi memberi penerangan kepada parti politik di Perak mengenai perjalanan proses pilihan raya untuk mengelak kekeliruan.

“Selain beri ceramah, kita juga buat simulasi mengenai proses itu bermula daripada mendapatkan kertas undi, celup jari dengan dakwat sehinggalah kepada peti undi itu dipatri,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Hashim berkata pada masa ini, terdapat 18 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas layak mengundi, namun daripada jumlah itu hanya lebih 14 juta yang mendaftar sebagai pengundi.

Selain itu, beliau berkata mandat kerajaan sekarang akan tamat pada 24 Jun tahun depan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd