• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Seriously IKEA JB Ke Ni? Dah Macam Di China”

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEDUNG IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk Johor akhirnya telah dibuka kepada orang ramai pada 16 November lalu.

Namun, belum sampai tempoh sebulan gedung di selatan tanah air itu beroperasi, sudah ada berita yang kurang enak didengari.

Di laman sosial, tular beberapa keping gambar keadaan ruang pameran di gedung itu yang bersepah, seperti baru sahaja dilanggar todak!

Gambar-gambar yang dikongsikan seorang netizen itu menunjukkan keadaan katil yang bersepah dan mainan kanak-kanak bertaburan di ruang bilik pameran kanak-kanak.

“Pergi lawat kawasan di IKEA Tebrau. Subhanallah. Cuba korang tengok, begini ke cara orang-orang kita? Sungguh memalukan,” tulis pemuat naik gambar yang menggunakan akaun nama Dino Daneil LJ di Facebook.

Rata-rata netizen mengecam keras tindakan segelintir pengunjung yang diibaratkan berperangai seperti ibarat ‘lembu terlepas kandang’.

Bagaimanapun menurut Amieyzsa, dia mendakwa para pengunjung yang tidak menjaga adab itu merupakan orang luar yang datang daripada ‘negara’ lain.

“Kan.. negeri Johor ni dah dipenuhi dengan orang negeri timur, tengok la jakun dia macam mana,” katanya.

Tidak kurang juga pengguna Facebook Hafiz Hasan yang mengatakan majoriti penduduk Johor tidak berperangai sedemikian melainkan orang luar yang bermastautin di  negeri berkenaan.

“Susah buat kat Johor ni sebab ramai merempat kat sini. Lepas itu yang datang macam binatang. Al-maklumlah, kat tempat diorang nak tengok signboard pon susah, inikah tempat maju macam di Johor,” katanya.

Disamping itu, netizen turut membandingkan sikap pengunjung di dua cawangan lain di Damansara dan Cheras di mana biarpun sudah bertahun dibuka, tidak pernah sekalipun berlaku insiden sebegini.

“IKEA Damasara dan IKEA Cheras tak ada pula jadi seperti ini. Mentaliti low class,” kata Faiz Foat.

“Betul, Ikea Cheras & Ikea Damansara walaupun saya datang pada hujung minggu tak pernah pula nampak berselerak macam ini,” kata Nur Dhilia.

Apa pun netizen di media sosal dinasihatkan supaya tidak membangkitkan sebarang sentimen atau komen yang berkaitan dengan bangsa dan kenegerian.

Kejadian yang berlaku ini sebenarnya adalah sikap dan perangai individu yang tidak bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bangsa JohorIKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Lupa Penghinaan Pas Terhadap Bangsa Johor – Mahfuz

Jangan Lupa Penghinaan Pas Terhadap Bangsa Johor – Mahfuz

02/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mengingatkan pengundi di Johor supaya tidak melupakan kenyataan...

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Turkiye Bagi Lawatan Khas

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Turkiye Bagi Lawatan Khas

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan khas melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd