• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seremban Bandaraya Penuhi Kehendak Masyarakat

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pandangan dan cadangan semua pihak termasuk komuniti perniagaan, pembuatan dan industri diperlukan untuk menjadikan Seremban menjadi sebuah bandaraya yang memenuhi kehendak dan citarasa masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini penting memandangkan rancangan Malaysia Vision Valley (MVV) dari Nilai ke Port Dickson yang direncanakan secara berfasa sehingga 2045 bakal mengubah keseluruhan landskap pembangunan di negeri ini.

“Kita beri peluang dan ruang untuk orang ramai berikan pandangan masing-masing untuk kita corakkan bandaraya Seremban pada 2045,” katanya dalam ucapan pada majlis jamuan minum petang bersama komuniti sektor perniagaan, pemaju perumahan dan pembuatan daerah Seremban dan Nilai di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Abu Ubaidah Redza dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai dan Seremban Datuk Abd Halim Abd Latif.

Mohamad berkata kawasan seluas 124,000 hektar akan dibangunkan dalam MVV dalam masa selama 30 tahun dengan jumlah pelaburan dijangka melebihi RM300 bilion dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada 1.3 juta orang dan mempunyai populasi 3.1 juta orang.

“Saya ajak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), kepimpinan dan penjawat awam melihat dari perspektif 2045. Apakah keperluan ketika itu (dengan) mengambil kira populasi hampir 3.1 juta? Apakah ciri-ciri yang perlu ada… bentuk infrasturktur yang perlu kita wujudkan, sistem perkhidmatan pengangkutan awam, dan macam-macam lagi,” katanya.

Mohamad berkata Seremban sebenarnya telahpun diluluskan untuk diisytiharkan sebagai bandaraya oleh kerajaan pusat pada 2012 dengan mengabungkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di bawah satu pentadbiran, namun masih terdapat beberapa perkara yang menjadi pertimbangan sebelum ia diisytiharkan.

“Di peringkat kerajaan negeri masih lagi belum mahu isytihar Seremban sebagai bandaraya kerana masih ada isu yang perlu kita tangani… biarlah kita tangani betul-betul dan ketika itu nanti kita isytiharkan pencantuman Nilai dan Seremban menjadi satu entiti dan seterusnya isytiharkan Seremban sebagai bandaraya,” katanya.

Beliau berkata apabila Seremban diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, ia perlu mempunyai pelan pembangunan komprehensif dan tidak memberi beban kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd