• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki, Wanita Ditahan Samun Hotel Bajet

oleh AK-47
04/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita selepas disyaki terlibat menyamun sebuah hotel bajet di Nusa Bestari, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berumur 28 tahun manakala wanita berumur 20 tahun itu ditahan pada kira-kira 10 malam semalam di sebuah pusat hiburan di Bandar Seri Alam, Masai, di sini.

“Terdahulu, polis menerima laporan kes samun di hotel tersebut pada 3.50 petang semalam daripada seorang wanita berumur 63 tahun yang merupakan juruwang hotel terbabit.

Wanita (juruwang) berkenaan memaklumkan dia didatangi pelanggan hotel pada kira-kira 3 petang semalam, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang hendak mendaftar keluar hotel,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Noor Hashim berkata juruwang berkenaan memaklumkan dia tiba-tiba diacu sebilah pisau di dada selain diminta mendiamkan diri.

Beliau berkata suspek kemudian menyelongkar kawasan kaunter, mengambil buku daftar masuk pelanggan serta memotong kabel kamera litar tertutup (cctv) lalu terus melarikan diri.

Katanya siasatan terhadap lelaki dan wanita yang ditahan itu mendapati mereka negatif dadah, namun, lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah berkaitan curi kenderaan.

“Modus operandi kes ini adalah suspek berpura-pura sebagai pelanggan hotel dan melakukan jenayah samun ketika tiada pelanggan,” katanya dan menambah lelaki dan wanita itu direman sehingga 6 Nov ini bagi siasatan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Tags: samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd