• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekretariat Sukma 2020 Dibentuk Tahun Hadapan

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Sebuah sekretariat akan dibentuk tahun depan bagi membantu kerajaan negeri menyelaras persiapan ke arah penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 dengan suntikan dana sebanyak RM10 juta secara berperingkat untuk pelaksanaannya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri juga akan menaik taraf beberapa kemudahan latihan atlet dan prasarana Sukma 2020 termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Penaiktarafan kompleks itu akan melibatkan kos keseluruhan RM15 juta, namun, sebagai permulaan, hanya RM2.5 juta diperuntukkan dahulu pada tahun depan.

Penaiktarafan lain pula melibatkan Trek Kompleks Sukan Kluang dengan kos sebanyak RM3.2 juta; Stadium Mini Kluang dengan kos keseluruhan RM5 juta dan pembinaan Stadium Mini dan Balapan Johor dengan kos berjumlah RM8 juta.

“Kerajaan negeri juga akan mewujudkan Program Pembangunan Atlet Titanium 20 (Ti20) iaitu Modal Khas Pembangunan Sukan ke arah kecemerlangan Sukma 2020.

“Atlet-atlet yang mempunyai prospek memenangi pingat akan diserapkan ke dalam program ini untuk menjalani latihan insentif fizikal dan mental,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa akan diteruskan pada tahun depan termasuk mewujudkan Pusat Warisan Negeri Johor dengan menjadikan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar sebagai pusat sehenti bagi aktiviti kebudayaan negeri Johor.

Beliau berkata sebanyak RM10.4 juta dipertuntukkan bagi tujuan menaik taraf bangunan, pengisian Galeri Tenun dan penyediaan Galeri Seni Johor di lokasi itu.

“Kita juga akan memperkenalkan semula Kain Benang Johor sebagai langkah memelihara warisan budaya dengan menghasilkan produk tenun secara komersial sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukma 2020
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Pemandu Lori Cuba Langgar Penguatkuasa JPJ

Next Post

PM Doakan Zizan, Teruskan Kejar ‘Penjenayah’

Related Posts

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan Minggu Depan

13/03/2020
0

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan ditangguhkan atau tidak berikutan kebimbangan Covid-19, hanya...

Kecewa Tiada Peruntukan Sukma 2020 – Exco Johor

03/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sedikit kecewa apabila Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan hari ini tidak menyatakan peruntukan untuk penganjuran...

Next Post

PM Doakan Zizan, Teruskan Kejar 'Penjenayah'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd