• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Biar Kamu Tengok Saya Mati”

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKANAN emosi, kemurungan ataupun berada di bawah pengaruh dadah menjadi antara punca seseorang individu cuba untuk bunuh diri.

Individu yang mahu meragut nyawa sendiri juga selalunya melakukan perkara bodoh itu di luar pengetahuan orang ramai secara tersembunyi.

Namun lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari Thailand ini yang cuba membunuh diri dan disiarkan secara live menerusi laman Facebook.

Lapor Bangkok Post, Kang Krasang cuba melakukan cubaan bunuh diri itu dengan meneguk racun perosak beberapa kali secara langsung melalui akaun sosialnya.

“Saya tidak akan kembali, saya dah fikir masak-masak, saya sudah tiada lagi keinginan nak hidup.

“Saya sayang kekasih saya tapi saya minta maaf kerana terpaksa lakukan ini (bunuh diri),” katanya.

Sebelum kejadian, Kang memuat naik gambar sebotol racun perosak dan status memohon maaf kerana dia sudah tidak mahu hidup biarpun mengakui masih sayangkan ramai orang di sekelilingnya.

“Saya akan biar kamu semua tengok saya mati,” tulis Kang menerusi kapsyen video tersebut.

Rakan-rakan yang menonton siaran ‘live‘ itu segera melaporkan cubaan bunuh diri Kang kepada pihak polis setelah melihat dirinya rebah selepas meneguk racun berkenaan.

Pemuda berusia 28 itu kemudiannya dijumpai di sebuah hotel di daerah Maung oleh pihak polis dan mangsa segera dikejarkan ke sebuah hospital.

Mujur Kang sempat diberikan rawatan kecemasan dan dia kini dilaporkan stabil biarpun keadaannya masih lemah.

Status terbaharu Kang yang dimuat naik pada Selasa mengatakan bahawa dia mahu memulakan hidup baru dan menyesal dengan tindakan kurang cerdiknya.

“Doktor suruh saya berehat. Terima kasih atas sokongan semua, mulai sekarang saya nak mulakan hidup baru,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh dirifacebookThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

500 Pelajar Kurang Mampu Terima Sumbangan MIC

Next Post

44 Pasangan Orang Asli Hendrop Dinikahkan

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

44 Pasangan Orang Asli Hendrop Dinikahkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd