• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 50,000 Individu Bebas Bankrap

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berikhtiar melepaskan kira-kira 50,000 individu daripada status bankrap dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata buat permulaan, 20,000 individu yang bankrap secara teknikal atau penjamin sosial disasarkan bebas daripada status bankrap dalam tempoh setahun.

“Kita mahu melepaskan mereka daripada beban hutang yang ditanggung disebabkan keprihatinan mereka (menjadi penjamin sosial).

‘’Kita mahu perkara ini diselesaikan 100 peratus dalam tempoh lima tahun, mungkin agak berat tetapi ia tidak mustahil dilakukan,” katanya ketika merasmikan penutupan Forum Pengguna 2017 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’mor Osman dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri berharap PPIM meluaskan khidmatnya untuk turut merangkumi masyarakat bukan Islam bagi mencerminkan keindahan Islam yang sebenar.

Beliau turut mengumumkan peruntukan secara ‘one off’ RM500,000 kepada PPIM untuk melaksanakan aktivitinya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, meminta PPIM menyalurkan secara terus kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri segala maklumat mengenai perjudian dalam talian, kegiatan ah long, jenayah kolar putih dan sindiket penipuan menggunakan akaun bank untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Azalina dalam ucapannya berkata rundingan akan dibuat dengan institusi kewangan bagi mencari mekanisme terbaik ke arah menyelesaikan isu kebankrapan 50,000 peminjam yang kebanyakannya orang Melayu.

Beliau berkata tumpuan akan diberi terlebih dahulu untuk melepaskan golongan bankrap terdiri daripada mereka yang berumur, sakit dan penjamin sosial.

Sementara itu, Dr. Ma’amor berkata pihaknya optimis langkah itu dapat dipercepat seperti yang diharap kerajaan.

“Memang kita komited memperjuang hal ini. Jadi dengan kerjasama kerajaan tentunya ia akan menjadi lebih lancar,” katanya kepada pemberita sambil menambah PPIM telah lebih 10 tahun berkecimpung membantu golongan muflis.

Forum kali ke-7 itu disertai lebih 1,200 orang terdiri daripada anggota PPIM, pertubuhan bukan kerajaan, wakil agensi kerajaan dan pelajar.

Dua tajuk utama yang dibincangkan ialah ‘Survival Pengguna: Mengadaptasi Kenaikan Kos Sara Hidup’ dan ‘Kebangkitan Pengguna: Mencegah Masalah Ah Long dan Muflis’.

Menerusi forum itu, PPIM turut menyuarakan hasrat melihat kewujudan satu kerusi senator bagi mewakili suara pengguna di Parlimen. – BERNAMA

Tags: BankrapDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rizal Mansor Terajui Muafakat Demi Pendidikan Bangsa

Next Post

PM Tidak Ikut Rentak Politik Mahathir

Related Posts

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persahabatan RM5.28 Juta

03/07/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini pada Khamis mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie sebagai muflis kerana...

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

Next Post

PM Tidak Ikut Rentak Politik Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd