• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Jual 18,000 Kereta Myvi Baharu Dalam 3 Bulan

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual purata 6,000 unit Myvi baharu sebulan dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran esok, menjadikan jumlahnya sebanyak 18,000 unit.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai esok.

“Ia berharga daripada RM44,300 sehingga RM55,300. Kami menjangka versi dengan warna-warna baharu seperti glittering silver, lava red, mystical purple dan peppermint greeen akan mewujudkan permintaan yang lebih tinggi daripada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton tidak rasmi model baharu itu di sini hari ini.

Kereta Myvi baharu ini menampilkan Eco Idle dimana enjin akan ditutup secara automatik apabila kereta dihentikan dan dihidupkan kembali selepas pedal brek dilepaskan.

“Dengan aerodinamik yang lebih baik, angka penjimatan bahan api akan berada pada 20.1 km/l untuk 1.5 AT,” katanya.

Model ini didatangkan dengan lima varian; 1.3 Standard (TM), 1.3 standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), dan 1.5 Advance (AT).

Katanya, orang ramai boleh menyaksikan model tersebut di Malaysia Autoshow, Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang mulai esok sehingga 12 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Perodua Myvi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kenapa Langgar Papa Saya Sampai Mati”

15/10/2020
0

JOHOR BAHRU - Keluarga Allahyarham Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia memaafkan pemandu wanita yang menyebabkan anggota Tentera...

Pemandu Perodua Myvi Mohon Maaf, Ampun

15/10/2020
0

JOHOR BAHRU - "Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa," kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi. Nur Fatin, 23, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd