• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Bentang Bajet Lebihan Bagi Kali Keempat

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.104 bilion bagi Bajet 2018 Sabah bertemakan ‘Memperkasakan Ekonomi, Mensejahterakan Rakyat’.

Jumlah itu meningkat daripada RM3.784 bilion yang diperuntukkan tahun lepas dan merupakan bajet lebihan bagi tahun keempat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata kutipan hasil Sabah pada 2018 dianggarkan sebanyak RM4.169 bilion, manakala perbelanjaan 2018 dianggarkan RM4.104 bilion, sekali gus mencatat lebihan sebanyak RM64.89 juta.

Bagi perbelanjaan pembangunan, kerajaan memperuntukan sebanyak RM1.090 bilion pada 2018 dan jumlah berkenaan merangkumi pembangunan projek negeri sebanyak RM838.31 juta dan peruntukan untuk persekutuan pula sebanyak RM251.75 juta, katanya semasa membentangkan Bajet Sabah 2017 di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bagi agihan peruntukan pembangunan mengikut kementerian negeri pula, Musa berkata RM1.771 bilion disediakan untuk Kementerian Kewangan, Kementerian Infrastruktur (RM698.24 juta), Jabatan Ketua Menteri (RM194.25 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (RM117.31 juta) serta Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (RM6.66 juta).

Peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pula sebanyak RM13.81 juta, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM25.5 juta), Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (RM5 juta), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM175.72 juta), Kementerian Belia dan Sukan (RM8.55 juta) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian (RM14.90 juta).

Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata unjuran hasil bagi 2018 dianggarkan RM4.169 bilion, meningkat sebanyak 9.2 peratus, berbanding anggaran hasil 2017 yang berjumlah RM3.817 bilion.

Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.128 bilion adalah hasil cukai, RM2.638 bilion hasil bukan cukai dan RM401.5 juta pula terimaan bukan hasil.

Beliau berkata pada 2018, hasil royalti petroleum akan meningkat dengan sasaran sebanyak RM1.319 bilion atau 31.6 peratus berbanding 2017.

Musa turut mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri, dengan RM1,000 akan dibayar pada Januari 2018 dan baki RM500 lagi dibayar menjelang Aidilfitri tahun depan. – BERNAMA

Tags: Bentang Bajet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd