• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

S Veenod Sertai Kelantan Musim Depan

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bekas pemain tengah Selangor, S Veenod akan menyertai Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata KAFA bersetuju mengikat kontrak pemain berusia 29 tahun itu selama dua tahun bagi memperkuatkan The Red Warriors terutama di bahagian tengah.

“Veenod akan digandingkan dengan pemain tengah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Margaro Gomis yang masih kekal bersama dengan The Red Warriors pada musim depan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata KAFA memilih Veenod untuk memperkuatkan barisan tengah kerana pemain berkenaan mempunyai kepantasan dan berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah beraksi bersama Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya berharap dengan kehadiran Veenod akan mampu menggerakkan jentera di bahagian tengah yang akan memberi lebih banyak peluang kepada barisan hadapan untuk membuat serangan tajam serta menjadi benteng menahan asakan pemain lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Bibi Ramjani berkata KAFA juga sedang berunding dengan beberapa pemain lain untuk disunting menjadi sebahagian daripada pemain The Red Warriors.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan pemain yang sedang diintai oleh KAFA itu untuk mengisi kekosongan dalam pasukan tersebut selepas penghijrahan beberapa pemainnya yang dilamar pasukan lain. – BERNAMA

Tags: KAFAS Veenod
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Mahu Pemimpin Bermuafakat, Selesai Kemelut

Next Post

Hina Logo KFA, Kelab Penyokong Lapor Polis

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Hina Logo KFA, Kelab Penyokong Lapor Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd