• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Romelu Lukaku Buka Mulut Isu Kemarau Gol

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMELU Lukaku tampil menjelaskan mengenai kemarau gol untuk Manchester United selepas mempamerkan aksi luar biasa pada awal musim.

Bintang Belgium itu menjaringkan 16 gol dalam 13 penampilan awalnya untuk United dan negara tetapi gagal menamatkan badi kemarau gol bersama Red Devils sejak September lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menamatkan kemarau gol bersama Belgium ketika menentang Mexico pada Jumaat.

Namun dia berkata, prestasi tidak menentu United menjadikannya lebih sukar untuk menjaringkan gol.

“Sejak kebelakangan ini kami tidak bermula dengan baik seperti aksi awal musim.

“Beberapa minggu lalu kami tidak beraksi pada tahap yang sama dan menjadikan ia lebih sukar untuk saya.

“Ia perkara yang perlu anda lalui sepanjang musim tetapi sekarang sudah ada pemain yang pulih daripada kecederaan. Saya harap kami boleh memperbaiki persembahan pada perlawanan akan datang.

“Kami boleh mencipta lebih banyak peluang dan gol,” katanya.

United bermula dengan baik pada awal musim tetapi tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

Akibatnya, anak buah Jose Mourinho ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Lukaku yang menyertai United dari Everton pada musim panas lalu mengakui dia mampu menarik nafas lega selepas berjaya menamatkan kemarau gol untuk Belgium.

“Ia satu kelegaan tetapi saya tahu ia akan datang. Saya berasa bangga. Saya dilahirkan untuk menjaringkan gol,” katanya. – mStar Online

Tags: Manchester UnitedRomelu Lukaku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd