• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM6 Juta Dibelanja Untuk Dialog Pangkor Sejak 2014

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM6 juta bagi menganjurkan Dialog Pangkor (PD) sejak ia diadakan pada 2014, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata perbelanjaan penganjuran PD oleh kerajaan negeri melalui Institut Darul Ridzuan (IDR) itu perlu dilihat dalam konteks jangka panjang kerana ia memberi pulangan tidak ternilai kepada negeri dan rakyat.

“Penganjuran PD telah membantu merancakkan kegiatan ekonomi negeri Perak terutama berkaitan industri perhotelan dan pelancongan,” katanya ketika menjawab soalan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa penganjuran PD 2017 pada 9 hingga 12 Sept lepas, hampir kesemua hotel di bandar raya Ipoh yang bertaraf tiga bintang ke atas mempunyai kadar penginapan melebihi 90 peratus.
Katanya peniaga kecil serta restoran sedia berdekatan hotel penginapan semasa penganjuran PD di sini telah menerima manfaat daripada limpahan kedatangan peserta dan barisan penceramah dari dalam serta luar negara.

Katanya penganjuran tahun ini membawa impak ekonomi kepada pelbagai sektor masyarakat sebanyak RM9.5 juta dan jumlah itu tidak termasuk impak yang diperoleh melalui penganjuran Perak Festival of Ideas (PFOI) yang diadakan sempena PD 2017.

“Impak keseluruhan penganjuran PD dan PFOI pada 2017 adalah sebanyak RM31 juta,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata penganjuran PD telah mempercepatkan proses pengantarabangsaan Perak termasuk menjadikan ia sebagai tempat bagi pakar serta tokoh terkemuka dunia berkumpul untuk membincangkan isu global.

“Kehadiran tokoh-tokoh terkemuka memberi impak berterusan bagi Perak. Contohnya Ipoh kini diiktiraf sebagai Bandar Perniagaan Sosial yang kelima di dunia.

“Kita juga telah menambah baik amalan-amalan pembangunan mapan dan tadbir urus cemerlang yang dipelajari melalui pelbagai perkongsian dan pembentangan pada Dialog Pangkor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirPangkor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd