• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Kukuh, Duti Import Tinggi Jejas Eksport MSM

oleh AK-47
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengukuhan ringgit dan peningkatan duti import India ke atas minyak sawit mentah (MSM) telah menjejaskan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-20 Nov, 2017 sebanyak 6.25 peratus.

Data penyelidik kargo, Intertek Testing Services menunjukkan eksport produk minyak sawit Malaysia merosot kepada 891,926 tan berbanding 951,33 9 tan dalam tempoh tersebut.

Pakar Produk Derivatif Kanan Phillip Futures Sdn Bhd David Ng berkata peningkatan cukai import MSM India akan menjejaskan permintaan dalam jangka masa pendek.

“Bagaimanapun, bagi tempoh jangka sederhana, India, dengan jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, masih perlu mengimport minyak sawit untuk memenuhi permintaan domestik,” kata Ng kepada Bernama hari ini.

Dilaporkan India perlu mengimport sekurang-kurangnya 15.5 juta tan minyak makan bagi tahun ini dan 2018.
India mengimport 14.5 juta tan minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia setiap tahun untuk menampung penggunaan domestik.

Ng juga berkata pengukuhan ringgit baru-baru ini juga tidak menyokong permintaan.

Unit tempatan dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini pada 4.1560/1600 daripada 4.1600/1630 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Berdasarkan keadaan tersebut, katanya India akan membeli semula untuk menampung kekurangan dalam pasaran tempatan dalam jangka masa panjang.

India telah menggandakan cukai import ke atas minyak sawit mentah kepada 30 peratus berbanding 15 peratus sebelumnya, manakala duti ke atas minyak sawit ditapis naik kepada 40 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini, berikutan ia berusaha untuk menyokong kilang penapis tempatan.

Ini merupakan kenaikan cukai import MSM yang kedua dalam tempoh kurang tiga bulan oleh kerajaan India dengan harapan untuk meningkatkan harga minyak makan domestik, selain menyokong pasaran kacang soya dan sesawi tempatannya. – BERNAMA

Tags: Duti Import TinggiRinggit Kukuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd