• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: SPRM Tahan Penolong Pengarah JKKP Johor

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor kerana disyaki terbabit dalam kes meminta dan menerima wang rasuah.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah hotel di bandar raya ini pada jam 2.40 petang semalam kerana disyaki meminta dan menerima wang berjumlah RM30,000 daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.

“Ia sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang didapati memasang Mesin Angkat tanpa mendapat kebenaran daripada pihak JKKP Johor,”kata SPRM.

“Susulan tangkapan, pasukan penyiasat telah menyerbu rumah suspek dan menjumpai wang tunai berjumlah RM18,505 yang disembunyikan di dalam bilik dan bawah tangga kediaman itu. Turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika disabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, berkata suspek itu akan dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Tags: rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd